oleh Dr Dzulkefly Ahmad

Keputusan Mahkamah Rayuan (4 April, 2017) menolak permohonan rayuan tiga pihak untuk mendapat ‘semakan kehakiman (judicial review) bagi mencabar keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menutup siasatan 1MDB dan keputusan TIDAK mendakwa Perdana Menteri DS Najib Razak sekali lagi merupakan ‘Hari Hitam’ atau ‘Black Day’ buat rakyat dan negara.

Semakan kehakiman dikemukakan Badan Peguam Malaysia, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahin dan bekas pemimpin Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi.

Gagal Di Mahkamah Tinggi

Terdahulu pada 15 Feb 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hanipah Farikullah telah menolak cabaran ke atas keputusan Peguam Negara yang membebaskan Najib dari apa-apa kesalahan jenayah berhubung derma RM2.6bilion dan perpindahan dana oleh SRC international ke akaun peribadi beliau.

Advertisement

Hanipah memutuskan Mahkamah tidak bolih memaksa Peguam Negara memulakan apa-apa prosiding jenayah terhadap seseorang individu, berdasarkan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan itu lebih menghampakan rakyat kerana penghakiman dibaca dalam masa 5 minit sementara mahkamah bersidang 5 jam. Tidak ada jawab-balas penghujjahan.

Lebih mengaibkan kerana sementara mahkamah di beberapa jurisdiksi di dunia mengambil pelbagai tindakan, Malaysia membuat keputusan tidak mahu mendakwa sesiapa pun, jauh lagi Perdana Menteri Najib sendiri dengan ‘Tidak Ada Tindakan Lanjutan’; atau ‘No Further Action-NFA’.

Mungkin ada yang masih bertanya mengapa tidak seorang pun yang bolih diheret ke mahkamah di Malaysia ini?

Jawapannya jelas. Kalau salah seorang mula diheret ke Mahkamah, contohnya mantan CEO 1MDB, Shahrol Halmi, yang digesa olih Laporan PAC, maka akhirnya semua kumpulan termasuk Kepala dan Penasihat mereka akan akhirnya terpalit dan diheret sama.

Namum, apakah Peguam Negara dan Najib lupa bahawa segala laluan (money-trail) dana yang dibuat melalui hantaran elektronik (SWIFT) menggunakan Dolar Amerika (US$) dengan sangat “complicated”; dan berlapek-lapek (layering) itu sebenarnya diketahui pihak Federal Bureau of Investigation; (Biro Siasatan Persekutuan FBI), Amerika Syarikat?

Akta Patriot Mengesan Laluan Dana

Untuk pengetahuan umum, setelah peristiwa September 11, Pentadbiran Amerika telah menggubal satu undang-undang dinamakan ‘Patriot Act’ serta memperkemaskan ‘Dodd-Frank Act’. Semua transaksi penghantaran melebihi US$50,000 di seluruh dunia ini yang menggunakan US$ mesti melalui ‘Clearing Banks’ di New York contohnya JP Morgan Chase atau Goldman Sachs.

‘Clearing banks’ ini pula diwajibkan merakamkan segala bentuk komunikasi samada melalui email, talipon dan faxs untuk setiap transaksi. Maka ketika berlaku apa jua dakwaan tentang pengsonglapan atau ‘money-laundering’, pihak FBI akan mendapat akses kepada semua maklumat dan dokumen.

Tidak hairanlah begitiu detil pendedahan semasa kes DOJ terhadap pengsonglapan ke atas penyangak-penyangak 1MDB pada Julai 2016 lalu. Masih ingat? Tiga jalur pengsongalapan (rompakan). Semuanya didedahkan.

Nah, ketika pensabitan hukuman ke atas 5 orang pegawai tertinggi bank-bank di Singapura dibuat, apakah Peguam Negara dan Najib fikir rakyat Malaysia tidak tahu dan tidak membaca? Perbicaraan mereka diikuti masyarakat dunia seluruhnya.

Kes Sturzenegger Mendedah 4 Akaun Jho Low di Falcon Bank

Untuk ilustrasi, selepas sabitan kesalahan ke atas Yeo Jiawei, pegawai Bank BSI yang mendalangi penubuhan pelbagai ‘Trusts’ atau ‘struktur pelaburan’ (layering) untuk songlap (embezzled) berbilion dollar Amerika dari 1MDB, mahkamah Singapura kemudiannya menjatuhkan hukuman ke atas Pengurus Falcon Private Bank Switzerland cawangan Singapura, Jens Fred Sturzenegger, seorang warga Switzerland.

Dari kes Sturzenegger pula, dua fakta penting terdedah. Pertama, Jho Low adalah individu yang sama dengan seorang pegawai bernama Eric Tan @ Tan Lim Loong, yang mempunyai empat akaun di bank itu dan salah satu daripadanya atas nama ‘Tanore Finance Corporation’.

Nah, sama seperti yang didedahkan kes sivil oleh Jabatan Kehakiman Negara Amerika (DOJ), RM2.6 billion yang masuk ke akaun bank peribadi PM Najib Razak sebenarnya adalah dari akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank yang diuruskan oleh Jho Low @ Eric Tan. Laluan dana itu didedahkan oleh pihak siasatan Amerika (FBI). Nah, kenapa tidak di Malaysia?

Malaysia Tutup Kerjasama Siasatan

Ini mengingatkan kita akan penolakan kerjasama (Mutual Legal Assistance) oleh Peguam Negara Malaysia ketika disyorkan oleh Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber.

Kenapa tolak dan siapa yang mahu Peguam Negara lindungi? Sekarang semakin jelas.

Rakyat juga tidak akan lupa tindakan Peguam Negara yang membebaskan Najib dari segala pendakwaan tentang “derma”; RM2.6 bilion yang kononnya kerana ia adalah dari sumber kerajaan Saudi.

Setelah kunjungan Raja Salman tidak membuat apa-apa pun penjelasan bersabitan ‘derma’ RM2.6bilion itu, maka rakyat secara umumnya faham letak duduknya. Jelasnya dana RM2.6bilion bukan dari Raja Salman tetapi dari ‘Tanore Finance Corporation’, dana hasil terbitan bon untuk pelaburan 1MDB!

Rayuan terakhir adalah di Mahkamah Persekutuan. Andainya gagal juga, maka rakyat masih berpeluang untuk menjadi Hakim di Mahkamah Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti, sebelum kita semua akan diadili di Mahkamah Rabbul Jalil.

*Penulis Dr Dzulkfely Ahmad adalah Pengarah Strategi Parti Amanah Negara. Artikel ini pertama kali disiarkan di kolum beliau di portal Malaysia Dateline dan tidak mewakili pandangan Malaysia Stylo News.

KLIK BACA: Mujahid bahas RUU355 Hadi, Nik Abduh, Tuan Ibrahim patut baca ini….

KLIK BACA: Raja Bahrin soal PAS kenapa tak mahu perkasa syariah di Terengganu negeri Hadi malah mengejek?

KLIK BACA: 8 tahun derita di bawah pemerintahan NAJIB – Kadir Jasin

KLIK BACA: Orang terkorban kerana 1MDB – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share