Seorang lagi wakil rakyat pembangkang tampil mengasak isteri perdana menteri Rosmah Mansor dalam isu program pendidikan awal kanak-kanak PERMATA yang dinaunginya.

Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad mengucapkan terima kasih atas tawaran untuk memeriksa beg tangannya bagi membuktikan tiada dana PERMATA disalah guna.

“Bagaimanapun rakyat tidak kisah apa yang ada dalam beg tangan Rosmah, tetapi apa yang rakyat ingin tahu, bagaimana wang rakyat telah dibelanjakan,” kata pemimpin pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) itu.

Rosmah pada 14 Mac lalu berkata beliau tidak dapat memahami mengapa sesetengah pihak masih banyak bertanya mengenai program PERMATA walaupun banyak penjelasan mengenainya dibuat.

Beliau juga menegaskan tidak pernah mengambil wang yang diperuntukkan kepada PERMATA untuk kegunaan peribadi dan bersedia “poket dan beg tangannya” diperiksa.

Isteri Datuk Seri Najib Razak juga berkata, sesiapa yang ingin mengetahui mengenai perbelanjaan PERMATA, boleh bertanya kepada Pengerusi Jawatankuasa PERMATA Datuk Seri Siti Azizah Abod.

Dalam kenyataan hari ini, Khalid berkata perbelanjaan PERMATA penting didedahkan memandangkan peruntukan badan itu telah dinaikkan lebih dua kali ganda sejak 2011.

Sedangkan, katanya lagi, bajet pendidikan tinggi dipotong sebanyak 20 peratus.

Justeru, katanya, “penafian kosong” Rosmah dalam isu itu tidak akan diterima oleh rakyat.

“Jika Rosmah betul, maka tiada sebab untuk menyembunyikannya, mengapa beliau begitu takut untuk mendedahkan akaun PERMATA?” katanya.

Khalid juga mempertikaikan kenyataan Rosmah supaya tidak terlalu mempersoalkan bagaimana wang PERMATA dibelanjakan.

“Selagi Rosmah enggan mendedahkan akaun PERMATA, selagi itu rakyat boleh menganggap bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan penggunaan wang PERMATA,” katanya.

Dalam tempoh tiga hari ini, berlaku perbalahan dan jawab menjawab antara seorang lagi wakil rakyat pembangkang Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utara) dan pembantu Rosmah, Rizal Mansor berkaitan PERMATA. – Malaysiakini

KLIK BACA: Ezam nak ‘buru’ Najib di mana saja

KLIK VIDEO: “Saya tidak simpan dendam terhadap Pak Lah,” cerita Mahathir

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Susunan: Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan-penglihatan aneh…


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share