Khairuddin dan Ezam bercadang menubuhkan parti baru bagi melawan Najib [parlimen Pekan] dan Johari [parlimen Titiwangsa] pada PRU14 – Foto Antara Pos

Dua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bakal berganding bahu untuk menubuhkan sebuah lagi parti baharu yang akan menjadi parti ke-5 Pakatan Harapan.

Menurut Khairuddin, beliau dan Ezam hanya mahu Pakatan Harapan memperuntukkan dua kerusi Parlimen yang akan ditandingi wakil dari parti tersebut.

Katanya, Ezam berhasrat untuk mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan manakala satu lagi kerusi iaitu di Parlimen Titiwangsa adalah untuknya mencabar kedudukan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Jika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia meluluskan parti ini, kami akan buat permohonan rasmi kepada PH dan tanya bolehkah kami menjadi parti komponen.

Advertisement

“Kami juga memilih Pekan dan Titiwangsa kerana ahli Parlimen di situ mengetuai kementerian kewangan, yang menjadi lubuk kepada masalah kewangan negara,” ujar Khairuddin.

Khairuddin sebelum ini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang menyertai PPBM bersama Tun Dr Mahathir Mohamad serta Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu awal penubuhan parti berkenaan.

Penubuhan parti baru ini ujarnya masih belum mendapat restu Dr Mahathir dan menegaskan akan membuat perkara tesebut dalam tempoh terdekat,

“Jadi kami akan bertemu mereka tidak lama lagi untuk menjelaskan perkara ini kepada mereka dan kami harap mereka akan bantu kita dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: ‘Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah’ – Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: Rafizi beritahu Parlimen Najib belanja paling banyak hasil Petroleum

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share