Anak kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Nik Abduh mendakwa rakyat menanggung ‘kesakitan lama’ ekoran masalah pembaziran wang negara dan kegiatan rasuah yang diwarisi dari era Tun Dr Mahathir Mohamad. – Foto FMT

Anggota parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata masalah itu mula berlaku sewaktu zaman Mahathir ketika negara ini berada di zaman kemewahan.

Namun, kata Nik Abduh, kenikmatan itu tidak disyukuri, menyebabkan kegiatan tidak bermoral itu tumbuh begitu cepat dan terus ‘membengkak’ sehingga ke pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, lapor Utusan Malaysia.

“Pada zaman kita mewah dahulu kita lari daripada tuntutan supaya bersyukur nikmat Allah tersebut. Apa yang berlaku, pembaziran serta rasuah mula tumbuh begitu cepat, politik wang begitu berleluasa dan akhirnya merosakkan negara.

“Kita mewah di zaman Dr Mahathir dan kita bermasalah di zaman Pak Lah (Abdullah) dan hari ini kita terus bermasalah di zaman Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Razak).

Advertisement

“Kita terpaksa menanggung kesakitan lama, maka janganlah semasa kita berdepan tempoh yang susah ini, kita ambil jalan penyelesaian yang Allah tidak mahukan,” beliau dilaporkan sebagai berkata di parlimen semalam.

Nota Ana Ghoib: Yang sudah itu sudahlah Nik! Jangan dikenang barang yang lepas cuma jadikan sempadan.

Kalaulah sikap mengungkit perkara lama itu boleh menyelesaikan kesakitan hari ini tentunya bagus tapi pada firasat Ana Ghoib perbuatan itu tak lebih dari semacam budak-budak tak tahu dan tak ada kerja bermain dengan kuping kudis yang sedap dikopek digentel lalu berdarah berterusan.

Budak ini kopek, budak itu ungkit maka sampai kesudah menjangkit perangai buruk menyusahkan Mak Bapak tak akan selesai masalah.

Hari ini bicaralah soal hari mendepan justeru lebih elok kamu jelaskan apakah yang dimaksudkan UBAT atau jalan penyelesaian yang Allah mahukan itu.

Ingat juga wahai tabib Nik bahawa bisa patukan dahulu tak sama kuatnya berbanding kini maka kamu tak boleh keluar memberitahu ‘menawarkan’ orang supaya menahan sakit sahaja.

Lama dahulu Ana Ghoib pernah menegur bapa kamu Allahyarham Nik Aziz tatkala ia gigih menentang Mahathir dan Umno kemudian di masa lain berkat visi ajaib arwah dihujung hayatnya dengan firasat mendalam IA nampak dalam doanya di atas siapakah ular lidi yang sudah menjadi naga itu.

*Suruhlah mereka mencampakkan tongkat mereka dahulu Nik Abduh dengan ketegasan [syadid] bukan engkau melembut diri mencampak tongkat mu terlebih dahulu akhirnya engkau tertipu dipatuk lagi. [Mudah-mudahan engkau faham bahasa umpama & amsalan ini seperti arwah bapamu]


Penutup kisah dari firman Allah kepada Musa a.s: ….Aku akan perlihatkan kepada kamu akan negeri orang-orang yang fasik – derhaka”. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu; dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui.

Sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. – (Al-A’raaf 7:145-146)

Soalannya dari firman di atas mahukah kamu budak yang berakal sempurna menjadi maula alias penolong kepada pemimpin yang menangkap, melokap, membuat undang-undang bunuh tanpa bicara, memenjara seumur hidup pemecah rahsia jenayah pada hari ini?

Firman Allah: Sesungguhnya (keterangan dan peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya. – (Qaaf 50:37)

Nasihat da’watul Haq ini tidak ada nilai bagi mereka yang memandang wang, pangkat dan nama di dunia sedang ia membelakangkan kebenaran juga keadilan.

Firman Allah: Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. – (Al-Qiaamah 75:20)

Susunan risalah: Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s – Tak semua faham yang faham jadi takut….maka disitu malanglah  bagi orang yang telah diajarkan oleh Allah nama-nama semuanya tetapi belum mendatangkannya manfaat kepadanya sebelum dan sesudah waktu terjadi takdir ke atas dirinya.

KLIK BACA: “Saya mohon maaf naikkan Najib Perdana Menteri”, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: ‘Saya tunggu Najib heret saya ke mahkamah’ – Dr Mahathir

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: Rafizi beritahu Parlimen Najib belanja paling banyak hasil Petroleum

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share