Rancangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada bulan Julai ini dibantah jika terdapat elemen politik.

Sekumpulan anggota bekas tentera bercadang mengadakan perhimpunan balas jika terdapat unsur politik dalam rancangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada bulan Julai ini.

Pada sidang akhbar yang dihadiri oleh kira-kira 100 anggota veteran tentera di Kuala Lumpur hari ini, Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata kumpulannya itu tidak ragu-ragu jika PVTAM menganjurkan perhimpunan yang terlibat dengan politik.

“Kita membantah himpunan yang mempunyai unsur politik kerana ini melanggar Akta Veteran 2012 yang menyatakan bahawa PVATM tidak seharusnya menjadi persatuan yang terbabit dalam politik,” katanya

Jika disahkan bahawa himpunan Julai ini mempunyai unsur politik, Mohd Arshad berkata, kumpulan itu akan mempertimbangkan untuk mengadakan perhimpunan balas.

“Jika dia (Presiden PVATM, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor) fikir dia boleh menggerakkan 100,000 veteran untuk menghadiri perhimpunan tersebut, saya juga boleh mendapatkan 100,000 (untuk menghadiri perhimpunan balas).

“Ia tidak menjadi masalah,” katanya.

Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemasukan besar-besaran pelaburan dari China, sambil memberi amaran bahawa ini boleh membawa kepada ketidakseimbangan profil kaum di negara ini.

Beliau juga melahirkan kebimbangan bahawa penduduk Cina di Malaysia berisiko kehilangan identiti mereka apabila akhirnya ditenggelamkan oleh masyarakat dari China yang menerima pakai ideologi komunis.

“Orang Cina tempatan tidak sama dengan mereka dari tanah besar China. Saya juga dapat dapati penduduk di Hong Kong tidak suka (penduduk China), budaya mereka berbeza,” katanya.

“Dengan kebanjiran warga asing yang memiliki hartanah di Malaysia dan tinggal di sini, bukankah ini akan menyebabkan ketidakseimbangan profil kaum di negara ini?

“Apa jaminan bahawa ketidakseimbangan kaum, yang boleh berlaku ini, tidak akan memberi kesan kepada keselamatan negara? Ini adalah soalan yang veteran (tentera) mahu tahun,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Walaupun Mohd Arshad tidak secara khusus menamakan China, beliau menyebut beberapa projek yang melibatkan syarikat-syarikat China.

Ini termasuk pembangunan Pelabuhan Melaka dan Pelabuhan Kuantan, Forest City di Johor dan projek Tun Razak Exchange.

Menurut Mohd Arshad, kerajaan tidak sepatutnya begitu ghairah menjual hartanah di negara ini kepada syarikat asing, terutama dari negara, yang pernah bersahabat dengan Parti Komunis Malaya (PKM), yang mana veteran berjuang menentangnya.

“Adakah kita berasa selamat dan yakin dengan kerjasama negara asing berkenaan serta percaya ini akan membawa pulangan baik untuk negara kita dan bukannya mengancam keselamatan?” soalnya. – Malaysiakini

KLIK BACA: Tulisan penuh Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji

KLIK BACA: Kenapa PM sendiri tak datang parlimen sahkan derma Arab, soal Tony Pua

KLIK BACA: 5 Soalan yang Jho Low mesti jawab – Kit Siang

KLIK BACA: “Saya yakin Nazri boleh beli kereta mewah, bangga perkecil kebolehan bangsa sendiri”, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Tiada seorang pun PM sejujur Tunku Abdul Rahman – ZAM

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Kalaulah laporan Audit bukan rahsia maka Rafizi tidak berisiko ke penjara….. – Mahfuz


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share