Petikan tulisan Tun Mahathir di blog beliau mengulas dakwaan Nazri Aziz bahawa Proton gagal dan menjadi projek Gajah Putih – Foto FMT

oleh Dr Mahathir Bin Mohamad

Kata Nazri Proton adalah seekor Gajah Putih. Semasa saya menjadi PM, Proton dapat kumpul tabung keuntungan sebanyak RM4 billion. Proton membina kilang baru di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 billion tanpa pinjaman bank atau bantuan Kerajaan.

Di masa yang sama Proton membayar RM18 billion cukai kepada Kerajaan.

Kemerosotan Proton bermula apabila kereta buatan asing dibenar masuk dengan mudah, walaupun negara-negara pengeluar kereta ini menghalang kemasukan kereta Proton ke negara mereka dengan berbagai alasan.

Apakah kereta Proton begitu buruk? Hari ini kereta Proton buatan tahun 1985 masih boleh diguna. Ya. Ada kes tingkap tidak berfungsi. Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Cermin tingkap Proton sekarang tidak bermasalah. Lain-lain kelemahan kereta Proton sudah diatasi.

Demikian juga dengan kereta buatan Korea dan Jepun. Dahulu tidak baik. Sekarang berkualiti. Dahulu dikatakan jika kikis cat akan ternampak label tin milo. Sekarang tidak siapa berani fitnah.

Kenaikan harga kereta import bukan disebabkan oleh Proton. Cukai kereta adalah suatu punca dana Kerajaan. Sebelum ada Proton pun harga kereta import memang tinggi jika diambil kira zaman kos sara hidup yang rendah.

Hari ini penjualan kereta Proton memang tidak laris. Sebabnya ialah kerana banyak kereta jenama asing boleh masuk dengan mudah. Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluar berjuta buah setahun.

Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan Kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia. Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan.

Kerajaan biasanya membiayai dana untuk research and development dalam industri pembuatan. Tetapi walaupun ada peruntukan dana untuk Proton, Kerajaan lambat membekal dan membekal kurang dari peruntukan budget bagi Proton. Namun Proton mengguna duit sendiri untuk develop tiga kereta baru. Ini menyebabkan masalah kewangan Proton.

Memang ada kelemahan-kelemahan dalam Proton, tetapi teknologinya sesuai untuk Malaysia, Australia dan Asean. Ada bantuan teknologi syarikat Eropah dalam Proton. Yang menjadi masalah ialah cashflow kerana kemasukan kereta asing memakan pasaran Proton.

Saya telah beli ketiga-tiga model baru Proton dan saya tidak menghadapi masalah menggunanya.

Saya yakin YB Menteri Nazri boleh beli kereta mewah yang diimport dan berbangga memperkecilkan kebolehan bangsa sendiri. Pada pendapat saya menjadi menteri dalam Kerajaan Najib jauh lebih mudah dari mengeluar kereta. Buat salah, menghilangkan berbillion Ringgit pun okay. TV3, Utusan dan New Straits Times akan lapor duit dapat dari raja yang sudah mangkat.

Gajah putih depan mata tak nampak. Semut di seberang laut ternampak uban dikepalanya.


Nota Ana Ghoib: Proton ini asalnya hasil ihsan Jepun susulan isu penaklukan Malaya [kekejaman perang] sebab itu mereka sudi rela hati pindah teknologi kepada Malaysia. Khalas …

Yang melayu jenis tak sedar diri dahulu disindir jarum sebatang pun tak tahu buat ada hati hendak merdeka sahaja yang lupa asal usul memperlekeh hasil satu-satunya produk nasional bangsanya.

Cina kata macam ketam dalam bakul habis semua menarik sesama sendiri jadi siapa pun tak jadi keluar [itu dunia haiwan…] tapi dalam kasus manusia ia berlaku samada kerana bodoh, dengki atau jahil. Khalas …

Cacat cela kurangnya Proton sangat berjasa masih ada ruang penambahbaikan manakala yang patut dihentam adalah pihak pengurusan tetapi bahana semua nak mencari nama mencela tokoh ternama pencetus idea, mereka tanpa segan silu tumpang semangkuk mengkritik namun sebutir tak faham semangat dan kerja sukar mengusahakan penciptaan jenama dari kosong. Khalas …

Si penerus legasi pula menjadikan PROTON bahan politik balas dendam disokong pula orang-orang bodoh di bawahnya tanpa usul periksa soal dasar. Khalas …

Bak kata hadis yang sahih bahawa bodoh itu juga takdir manakala bagi ku paling susah memberi faham orang yang degil dalam bodohnya dan bersikeras pula terhadap kebenaran. Khalas …

Melayu khususnya kena faham PROTON lebih berharga dari KLCC atau KLIA kerana ia penentu ukur kemampuan bangsa ini bekerja tetapi kalau Pak Pandir mahu menang sabung cepat kaya gelap mata tengok duit lalu menjual ayamnya apa boleh dikatakan sememangnya ada baka dan sejarah mereka ini suka menjadi bahan tertawa.

Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib Aku demam….

KLIK BACA: Kalaulah laporan Audit bukan rahsia maka Rafizi tidak berisiko ke penjara….. – Mahfuz

KLIK BACA: Tiada seorang pun PM sejujur Tunku Abdul Rahman – ZAM

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share