Inspector-general of police Khalid Abu Bakar has been pressed on when the police would complete their probe on a battery of 1MDB-related reports lodged against Malaysian Official 1, attorney-general Mohamed Apandi Ali and Parliament speaker Pandikar Amin Mulia.

“Congratulations and well done to Khalid for steering… (the investigation into) Kim’s death, (which) is now in court.

“The 16 days it took from the murder to the charging of the two foreigners on March 1 shows police could complete its probe within 16 days,” said lawyer Mohd Haniff Khatri Abdulla, who represented former premier Dr Mahathir Mohamad in a number of cases, in a Facebook posting. – Malaysiakini

by Haniff Khatri Abdulla

KHALID ABU BAKAR – SUDAHKAH PDRM SELESAIKAN SIASATAN PELBAGAI LAPORAN POLIS TERHADAP “MO1”, APANDI ALI & PANDIKAR AMIN MULIA ??!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin, Assalaamualaikum dan Salaam Sejahtera :

1. Sejak lebih dua minggu lalu, rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan pelbagai kenyataan daripada pelbagai pihak berkaitan isu kematian KIM JONG NAM @ KIM CHOL di KLIA 2 pada 13.02.2017, yang telah sampai ke tahap di mana 2 orang wanita, masing-masing dari Indonesia dan Vietnam telah dituduh di Mahkamah atas jenayah BUNUH DENGAN NIAT di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pada 01.03.2017.

2. Bebas daripada ketidakperluan Ketua Polis Negara, KHALID ABU BAKAR untuk memasuki arena perbincangan terperinci bukti-bukti kes di khalayak ramai melalui pelbagai Kenyatannya kepada pihak media, sehingga ke tahap kes ini secara salah diBICARAkan melalui MEDIA, sedangkan BICARA di MAHKAMAH masih belum bermula, perlu juga kita pada masa yang sama hulurkan SYABAS dan TAHNIAH kepada KHALID ABU BAKAR, kerana melalui “pengemudian” dan “penyeliaan”nya, siasatan isu kematian KIM JONG NAM @ KIM CHOL di KLIA 2, telah kini sampai ke tahap MAHAKAMAH !!

3. Tempoh masa yang diambil oleh KHALID ABU BAKAR sebagai Ketua Polis Negara untuk membawa kes ini ke MAHKAMAH cuma mengambil masa 16 HARI sahaja !!, dari tarikh kematian KIM JONG NAM @ KIM CHOL di KLIA 2 pada 13.02.2017 sehingga pertuduhan dibaca terhadap 2 orang wanita terbabit di MAHKAMAH pada 01.03.2017 !!

4. Satu kejayaan yang harus diberi setinggi-tinggi PUJIAN dan KREDIT oleh seluruh rakyat Malaysia yang prihatin, memandangkan bukan sahaja kes ini dikatakan melibatkan penggunaan senjata bio-kimia yang rumit dan canggih di tahap antarabangsa, malahan melibatkan pengendalian sensitif hubungan antarabangsa dengan beberapa negara !!! SYABAS dan TAHNIAH sekali lagi, kepada KHALID ABU BAKAR sebagai Ketua Polis Negara !!!

5. Namun, pada masa yang sama, perlu saya beri PERINGATAN kepada KHALID ABU BAKAR bahawa terdapat pelbagai Laporan Polis yang MASIH TERTUNGGAK sejak 2014 lagi !!!!, berhubung dengan isu SKANDAL 1MDB, persoalan tentang identiti “MO1” dalam kertas kausa DoJ di Mahkamah Amerika Syarikat, tindakan salah PANDIKAR AMIN MULIA sebagai Speaker Parlimen di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, dan ketiadaan tindakan lanjut APANDI ALI sebagai “Peguam Negara” berhubung Kertas Siasatan SPRM berkaitan SKANDAL 1MDB selepas penemuan fakta baru oleh Mahkamah Singapura !!!!

6. Laporan-laporan Polis lain tersebut, yang sudah lama berada dalam rekod POLIS yang diterajui KHALID ABU BAKAR adalah antara lain, secara khusus, seperti berikut :

(a) Rentetan pelbagai Laporan Polis DS KHAIRUDDIN ABU HASSAN mulai Disember 2014 berkaitan alegasi SALAHLAKU DANA 1MDB terhadap pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan 1MDB, termasuk dan tidak terhad kepada NAJIB RAZAK, sebagai Ketua Lembaga Penasihat 1MDB ketika itu !!,

(b) Rentetan pelbagai Laporan Polis yang difailkan oleh orangramai dari hampir kesemua negeri di Malaysia berkaitan identiti “MO1”, termasuk dan tidak terhad kepada Laporan Polis yang dibuat oleh DS KHAIRUDDIN dan ANINA SAADUDIN pada beberapa tarikh di hujung bulan Julai 2016, selepas pendedahan Kertas Kausa DoJ di MAHKAMAH DAERAH TENGAH CALIFORNIA di AMERIKA SYARIKAT !!!,

(c) Laporan Polis yang dibuat oleh beberapa individu termasuk DS KHAIRUDDIN pada 04.11.2016, dan MD KAMAL BIN A RAHIM pada 12.11.2016, terhadap SPEAKER PARLIMEN, iaitu PANDIKAR AMIN MULIA berlanjutan dari Kenyataan Akhbar SPEAKER PARLIMEN yang berunsur kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan, kerana boleh menggugat perjalanan biasa sistem demokrasi Parlimen Malaysia !!!, dan

(d) Laporan Polis TERKINI yang dibuat oleh ANINA SAADUDIN pada 19.01.2017, berhubung penemuan dan dapatan MAHKAMAH SINGAPURA pada 11.01.2017 berkaitan dwi-identiti JHO LOW @ ERIC TAN, dan penemuan dan dapatan dalam MAHKAMAH yang sama berkaitan penyelewengan DANA 1MDB ke akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank Switzerland, di cawangan Singapura, yang juga merupakan sumber kemasukan wang RM 2.6 billion ke akaun peribadi NAJIB RAZAK !!!

7. Wahai, KHALID ABU BAKAR,

(a) Bukankah kesemua Laporan Polis di atas pun, jika tidak lebih, sekurang-kurangnya sama penting dengan isu kematian KIM JONG NAM @ KIM CHOL di KLIA 2 ??!!!

(b) Bukankah kesemua Laporan Polis di atas telah dibuat untuk tempoh masa jauh lebih terdahulu daripada kematian KIM JONG NAM @ KIM CHOL di KLIA 2 ??!!!

(c) Bukankah isu-isu yang dibangkitkan dalam kesemua Laporan Polis di atas, bukan sahaja BERKEPENTINGAN AWAM, malah telah menyumbang secara besar kepada KEMELUT dan MASALAH sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia di kala ini, jauh lebih berkesan negatif daripada isu kematian KIM JONG NAM @ KIM CHOL di KLIA 2 ??!!!

(d) Untuk rekod dan pengetahuan, setakat pada masa penulisan Siri ini, MASIH BELUM ADA mana-mana pengumuman rasmi oleh anda, KHALID ABU BAKAR mahupun mana-mana pegawai POLIS bahawa mana-mana Laporan Polis di Para 6 di atas, SUDAH DISELESAIKAN siasatannya, ataupun bahawa Kertas Siasatan sudahpun DIMAJUKAN ke Pejabat “PEGUAM NEGARA” untuk mana-mana tindakan lanjut pertuduhan di MAHKAMAH terhadap sesiapa sekalipun yang diadu melalui Laporan-laporan Polis tersebut !!

8. JUSTERU, bilakah anda, KHALID ABU BAKAR akan MENGAMBIL TINDAKAN untuk SELESAIKAN SIASATAN kesemua Laporan Polis yang dinyatakan ini??!!!

9. Janganlah anda lupa, dan janganlah anda fikir bahawa Rakyat Malaysia yang prihatin telah lupa bahawa anda, KHALID ABU BAKAR, sebagai Ketua Polis Negara, adalah salah seorang ahli dalam Suruhanjaya Pasukan Polis menurut PERKARA 140(3)(b) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, dan menurut PERKARA 142(6) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN , anda juga telah mengangkat SUMPAH PERJAWATAN, melalui mana anda, KHALID ABU BAKAR telah mengANGKAT SUMPAH untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan” !!!! :

SUMPAH JAWATAN dan SETIA –

“Saya,……………………………………………………, setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan ……………………………………………………… dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan MEMELIHARA, MELINDUNGI dan MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAANnya.” !!!!

10. MAKA, Wahai KHALID ABU BAKAR laksanakanlah tanggungjawab PERLEMBAGAAN serta UNDANG-UNDANG, dan SUMPAH JAWATAN dan SETIA yang diangkat oleh anda SECARA SERTA MERTA !!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!! – Sumber Haniff Khatri Abdulla Facebook


DIKEMASKININajib tak sebut nama tapi apa salah Shafie jadi KM Sabah, kata Zainuddin

KLIK BACA: Apa kata Ezam mengenai ‘ketelusan’ Pemuda Umno Jho Low 1MDB?

KLIK BACA: Dr Mahathir akui U Turn, hanya pemandu bodoh pandu terus dalam bahaya

KLIK BACA: Najib masih tak faham kenapa Proton tidak boleh dijual?

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’


*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share