Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau membuat ‘pusingan U’ dengan menyebelahi pakatan pembangkang dan menggunakan analogi pemanduan untuk mewajarkan tindakan tersebut.

“Ya, saya membuat pusingan U. Hanya pemandu bodoh akan terus memandu apabila terlihat jalan raya telah diletupkan dan tidak lagi boleh dilalui.

“Untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dituduh mencuri berbilion-bilion ringgit dan Umno yang rasuah akan menjadikan saya pengkhianat kepada negara.

“Oleh itu, buat pusingan U,” kata Dr Mahathir dalam catatan di blognya malam ini.

Tambah beliau, hanya orang ‘bodoh atau rasuah’ akan menyokong Najib dan mengabaikan kecaman antarabangsa berhubung dengan skandal 1MDB.

Mahathir turut memberi maklum balas kepada Pembantu Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menuduh bekas perdana menteri itu untuk merosakkan negara ini.

Mahathir menyenaraikan berjela-jela laporan berita antarabangsa yang menonjolkan rasuah yang serius di Malaysia sambil menekankan bukan beliau sahaja yang membangkitkan kebimbangan tersebut.

Tengku Sariffuddin sebelum ini dilaporkan berkata, Mahathir diibaratkan sebagai seekor ‘harimau tua’ yang digeruni selama 22 tahun sepanjang beliau berkuasa tetapi sekarang sering kali mengeluarkan kenyataan memalukan sama ada dengan niat berbohong untuk kepentingan politik atau nyanyuk. – Malaysiakini

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

KLIK BACA: Apa sumbangan gajah putih Nazri berbanding Proton Mahathir? 

DIKEMASKININajib tak sebut nama tapi apa salah Shafie jadi KM Sabah, kata Zainuddin

KLIK BACA: Apa kata Ezam mengenai ‘ketelusan’ Pemuda Umno Jho Low 1MDB?

KLIK BACA: Najib masih tak faham kenapa Proton tidak boleh dijual?

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share