Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sikap berdiam diri Raja Arab Raja Salman Abdulaziz Al-Saud berhubung isu ‘derma RM2.6 bilion’ sepanjang lawatannya ke negara ini adalah tamparan hebat terhadap integriti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, sepanjang lawatan rasmi empat hari itu termasuk beberapa perjumpaan dengan Najib, baginda langsung tidak menyebut tentang ‘derma’ itu.

“Tindakan berdiam diri raja Saudi itu adalah difahami, kerana kredibiliti Arab Saudi terpaksa dipertaruhkan.

“Melainkan mereka boleh membuktikan bahawa dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) berhubung ‘derma RM2.6 bilion’ adalah tidak benar,” katanya yang dipetik oleh portal Roketkini.

DOJ pada tahun lalu memfailkan saman sivil bagi merampas aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa diseleweng daripada syarikat milik penuh negara 1MDB.

Malah, dokumen saman sivil berkenaan turut membuktikan bahawa ‘derma RM2.6 bilion’ yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak bukan berasal daripada keluarga diraja Saudi tetapi sebaliknya daripada dana sebuah syarikat yang terkait dengan 1MDB.

Tepat masanya

Sementara, Lim berkata usul yang difailkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bagi memaksa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hadir ke Parlimen menjelaskan keputusannya ‘membebaskan’ Najib berhubung kes ‘derma RM2.6 bilion’ itu tepat pada masanya.

Lim yang juga adalah Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, usul itu wajar disokong semua anggota Parlimen yang mengaku mengangkat nilai-nilai integriti, kebertanggungjawaban dan ketelusan.

“Malah, jika Apandi komited dengan prinsip pentadbiran yang baik dan kedaulatan undang-undang, tidak perlu usul pun kerana dia sendiri sepatutnya menawarkan diri bagi menjawab semua persoalan mengenai skandal 1MDB di Parlimen,” katanya.

Selasa lalu, Khalid Samad yang juga Ketua Penerangan AMANAH memfailkan usul berkenaan berikutan terdapat maklumat yang bercanggah berhubung ‘derma RM2.6 bilion’ berkenaan.

Katanya, meskipun Apandi mengisytiharkan dana itu adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab Saudi, namun siasatan dan kes mahkamah di luar negara menunjukkan bahawa dana berkenaan sebenarnya berasal daripada wang 1MDB yang telah diselewengkan. – Sumber Malaysiakini 

KLIK BACA: Najib masih tak faham kenapa Proton tidak boleh dijual?

KLIK BACA: Proton dijual lagi baik kita kekal jajahan Inggeris, sindir Dr Mahathir

DIKEMASKININajib tergamak perli kita riuh harga minyak naik 20sen, kata Raja Bahrin’

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACASalleh tersilap nasihat Tun Mahathir dengar teguran pedas Sultan Johor


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share