Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memuji sikap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berani berdepan dengan pengkritiknya.

Malah, katanya, sikap itu jauh lebih baik daripada sikap pemimpin yang hanya menerima sokongan daripada individu atau penerima ‘dedak’ semata-mata.

“Saya melihat beliau seorang tokoh yang bersedia berdepan dengan pengkritiknya kerana bukan semua pihak atau individu yang ada kekuatan itu.

“Sebagai pemimpin, kita jangan terima penyokong atau penerima ‘dedak’ sahaja. Sebagai pemimpin, kita mesti mendengar kritikan dan ini kekuatan Tun Dr Mahathir,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku pertamanya bertajuk “Membangun Bangsa” di Pavilion.

Tegasnya, sikap Tun Dr Mahathir itu perlu dicontohi dan dibudayakan semua pemimpin negara ini.

“Mungkin kita tidak bersetuju dengan dia, tetapi dia boleh berdepan dan berhujah. Kalau tradisi ini boleh diteruskan, saya rasa ia tradisi yang sihat sebab kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, dan pemimpin bersedia dengan kritikan, maka kita kena mendengar pendapat orang lain.

“Ini satu contoh yang menunjukkan walau kita tidak bersetuju dengan seseorang sekali pun, namun kita sedia untuk berdepan,” kata Azmin.

Tegas beliau, keberanian berkenaan dilihat tidak ada pada pemimpin negara.

“Lihat sahaja Perdana Menteri, adakah dia berani berdepan dengan pengkritiknya? Dalam Parlimen tidak berani, di luar Parlimen tidak berani. Bagi saya, ini satu penghormatan terhadap keupayaan Tun Dr Mahathir.

“Malah, Tun Dr Mahathir sanggup turun ke mahkamah untuk berdepan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang beliau sendiri pecat. Ini satu kekuatan dan bukan kelemahan. Saya harap lebih ramai pemimpin yang bergelumang dengan pengkritik dan bukan hanya pemakan ‘dedak’ sahaja,” kata beliau lagi.

Azmin berkata demikian ketika mengulas sambutan dingin peserta Konvensyen Reformis Malaysia pada pagi Sabtu di Shah Alam susulan kehadiran Tun Dr Mahathir pada majlis berkenaan.

Bagaimanapun, semasa berucap, tokoh yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu mengakui dia bukanlah orang yang digemari semua dan mahu pengkritiknya yang terdiri daripada aktivis reformasi itu melupakan perkara lampau.

Gerakan Reformasi itu sebelum ini berlaku susulan pemecatan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. – Astro Awani. 

KLIK BACA: Setiausaha Najib ibaratkan Dr Mahathir ‘harimau tua’ nyanyuk

KLIK BACAKes hartanah Johor: Hidup mewah kereta mahal pada usia muda punca kegiatan terbongkar

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana…. – Subky Latif

KLIK BACA: Warkah terbuka Muhyiddin buat Sultan Johor

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

KLIK BACASalleh tersilap nasihat Tun Mahathir dengar teguran pedas Sultan Johor


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share