Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad agar mengendahkan teguran pedas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Salleh berkata, Sultan Ibrahim terpaksa menegur Mahathir setelah bekas perdana menteri itu bertindak melebihi batasan sehingga sultan tidak lagi boleh bertolak ansur.

“Hari ini, Sultan Johor menegur dengan kata-kata yang pedas ke atas pemimpin yang disifatkan sebagai nyanyuk dengan ramai yang percaya bahawa baginda memaksudkan Mahathir.

“Dan ini bukan kali pertama Mahathir menerima teguran sedemikian oleh Sultan Ibrahim. Adalah bijaksana jika Mahathir mendengar teguran baginda.

“Mahathir kini dilihat tidak dapat mengasingkan antara dendam peribadi dengan kepentingan negara. Mahathir mengundang cemuhan ke atas dirinya dan hanya mampu menyalahkan diri sendiri,” jelas Salleh dalam blognya.

Advertisement

Awal hari ini, Sultan Ibrahim menyindir keras sikap seorang pemimpin, yang dipercayai merujuk kepada Mahathir.

Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin ‘orang luar’ ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.

“Dahulu dia sering menyindir orang Melayu sebagai bangsa yang mudah lupa, namun hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

“Dulu dia kata pembangkang itu musuh ketat, tapi sekarang sudah boleh duduk semeja dan menjadi kawan rapat.

“Dulu dia kata media barat suka buat cerita, tapi sekarang, cerita media barat dikatanya fakta.

“Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda. – Malaysiakini | MRM | Foto FMT

Nota Ana Ghoib ada yang tak kena dengan soul kamu sendiri:

Nasionalis Mahathir Mohamad mempunyai dendam peribadi atau kamu yang  mahu melunaskan hutang peribadi menggunung akibat kebebalan sendiri yang kini terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Orang bijak bukan memandang hari ini sahaja tetapi masa depan dan sejarah masa lalu tanah melayu yang mana Mahathir mahir liku-likunya berbanding orang baru.

Mengejek itu biasa bagi penentang kebenaran – manakala lama dahulu Ana Ghoib sudah mengetahui kisah Temenggong dan kisah istana tahi ayam dan menjangkakan hujah itu akan Mahathir gunakan dalam isu hak milik tanah melayu dan ini termasuk hujah seorang ulama bertaraf wali tanah Melayu asal Terengganu, Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok ku Paloh dalam menjaga hak tanah Malaya ini.

Adalah diragui melayu koporat kapitalis sedar fakta ini manakala jika diketahuinya pun akan diketepikan kerana hanya memikirkan apa yang boleh diraih pada masa ini dan dari siapa yang akan memberi maka apa sangatlah sejarah bukan dikisahnya.

Ringkasnya jika kami yang bukan berumur tua seperti Mahathir tahu akan antisipasi sejarah yang bakal berulang itu maka otak Mahathir yang dituduh pelupa dan nyanyuk itu separas orang muda juga tetapi dia bijak ternama berbanding kami yang bodoh dan bukan siapa-siapa dan boleh di penjara pula jika menuliskan secara rinci lagi nota ini.

Bersabarlah itu lebih baik kerana semua sudah tertulis sebelum kita semua diciptakan dan percayalah dengan izin Allah suatu hari mereka akan merasa kesan perbuatan tangan mereka yang gembira hari ini esok menangis gundah gulanalah ia melihat bumi dipijak diusahakan dan milik orang.

Wahai melayu susah senang miskin ini negeri kamu dengan itu beransur-ansurlah jangan bersikap mencari rezeki harimau sekali terjumpa makan besar tak ingat dunia akhirnya kelaparan berminggu padahnya kau pun layu…. kemudian berpada-padalah menolong orang kerana tak dijangka suatu hari dia sendiri akan menggigit tangan mu bukankah tuhan Mu Allah Maha menguji?

Oleh itu Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya. – Ana Ghoib syeikh Malaya

The truth is like a lion; you don’t have to defend it. Let it loose; it will defend itself. ― St Augustine of Hippo

KLIK BACA: Kisah Siti Hasmah Dr Mahathir Dan Sultan Johor?

KLIK BACA: Mahkamah AS benarkan DOJ jual hotel Jho Low

KLIK BACA: Kenapa PKR mahu Zeti kepalai RCI ke atas 1MDB???

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

TERKINI: ‘Najib perlu letak jawatan jika bukan penjawat awam’ – Faiz Fadzil

MESTI BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share