Datuk Zaid Ibrahim percaya bahawa inkuiri awam ke atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu akan lebih berguna berbanding penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara, yang berlaku lebih dua dekad alu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut mempersoalkan sikap membisu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu forex sehingga sekarang.

“Adakah beliau merakamkan rasa kesal dan tidak senangnya berhubung kerugian itu dan menuntut penubuhan satu inkuiri awam (ketika itu)?

“Beliau mengambil alih jawatan (PM) pada tahun 2009, atau tujuh tahun lalu, dan sepanjang tempoh itu beliau tidak berkata satu patah perkataan pun tentang kerugian forex – sehingga sekarang.

“Jika ini adalah satu isu penting bagi negara, tentu beliau akan bertindak lebih awal,” katanya dalam satu catatan blog.

Advertisement

Berdasarkan ini, Zaid mendakwa adalah jelas bahawa penubuhan pasukan petugas khas itu adalah percubaan untuk mencemarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Sambil membidas menteri-menteri kabinet yang memberi persetujuan terhadap penubuhan pasukan petugas itu, beliau berkata: “Kabinet hari ini akan diingat dalam sejarah, bukan hanya mempunyai bilangan menteri terbesar, tetapi juga untuk terbabit dalam lakonan berhubung keputusan yang tolol”.

Berhubung inkuiri ke atas pembunuhan Altantuya, Zaid berkata ia mesti menentukan peranan yang dimainkan oleh orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda.

“Beliau didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu dan kemudiannya dibebaskan, tetapi tidak ada rayuan dikemukakan.

“Kes ini adalah dan kekal melibatkan kepentingan awam dan kita masih tidak tahu apa motif di sebalik pembunuhan ngeri ini.

“Mengapa Razak, seorang penyelidik akademik, dipilih menjadi ejen bagi pembelian kapal selam pertama negara? Adakah bayaran RM500 juta yang diterima hasil rundingan itu miliknya atau adakah ia untuk orang lain? Orang ramai mahu tahu.

“Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail masih ada dan akan menjadi menarik bagi beliau mendedahkan mengapa dirinya memutuskan untuk tidak merayu keputusan dalam kes terhadap Razak itu.

“Apakah ada tekanan kepadanya dari pada pihak atasan supaya tidak berbuat demikian?” soalnya. – Malaysiakini | Foto FMT

KLIK BACA: Senarai 29 kesalahan Lim Kit Siang tersebar

KLIK BACA: ‘Jika KM penjawat awam, adakah PM kuli?’ – Tun Mahathir

KLIK VIDEO GAMBAR: Ribut landa Muktamar PAS di Kedah

TERBARU: Menangislah kamu wahai Melayu – Sajak Tun Mahathir

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share