JOHOR BAHRU: Keluarga Haizad Kasrin, salah seorang daripada lapan remaja lelaki berbasikal yang maut di rempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam dekat sini awal pagi tadi, telah beberapa kali melarang remaja itu daripada terlibat dengan aktiviti berkenaan.

Kakak mangsa, Aspalilah Kasrin, berkata ibu mereka, Jamilah Sulaiman, 54, tidak sukakan adiknya itu bermain berbasikal di bandar raya kerana terlalu bahaya.

“Haizad juga sering keluar malam semata-mata kerana berbasikal, sebab itu emak tidak suka tetapi dia tetap hendak pergi juga,” katanya kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Aspalilah berkata Haizad, 16, merupakan anak kelapan daripada sembilan adik beradik mula berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal sejak tahun lepas selepas melihat penglibatan rakan-rakan sekolahnya.

Arwah juga disifatkan anak yang sangat rapat dengan ibunya sejak ayah mereka, Kasrin Sukemi meninggal dunia akibat sakit tua pada Julai 2015.

“Semalam, saya baru cakap dengan emak, hendak balik ke rumah keluarga di Plentong (Pasir Gudang) kerana mahukan dia (mangsa) memperbaiki motosikal anak saya tetapi belum apa-apa, sudah jadi begini,” katanya.

Jenazah Haizad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong, selepas waktu Asar.

Sementara itu, Nurul Ain M Azahar, kakak kepada seorang lagi mangsa berkata adiknya Muhammad Firdauz Danish, sepatutnya mendaftar masuk ke asrama Kolej Antarabangsa E-Access, Kulai, Isnin ini, bagi mengikuti jurusan latihan automatif.

“Sebelum ini, arwah, 16, pernah bercakap dengan keluarga bahawa dia tidak akan lama di rumah kerana selepas ini tiada tetapi kami mengganggap ia hanya biasa-biasa sebab dia memang hendak masuk asrama, tidak tahu pula dia betul-betul hendak pergi,” katanya.

Menceritakan perwatakan adiknya, Nurul Ain berkata arwah meminati aktiviti berbasikal sejak berada di Tingkatan Satu dan seringkali bermain di kawasan Taman Damai Jaya, di sini.

Dia juga merupakan seorang peramah dan tidak suka bersendirian.

“Semalam, dia keluar dari rumah kira-kira pukul 10 malam dan ada memberitahu hendak berbasikal.

“Dia berpesan supaya ibu mengunci sahaja pintu utama rumah sebab mungkin dia tidak balik ke rumah pada malam itu.

Namun, sekitar pukul 3 pagi, kami menerima panggilan daripada kawan-kawannya, memberitahu arwah terlibat dengan kemalangan,” katanya.

Jenazah Muhammad Firdauz Danish dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh di sini selepas waktu Asar.  – Bernama


Nota Ana Ghoib: Maha Suci Allah yang menciptakan dan memberi ilham kepada ciptaanNya.

Memang biasa darah muda sejak zaman dulu Ana Gjoib juga terlibat dengan konvoi basikal begini tetapi dalam kepala mesti ingat jangan buat jalan itu seperti kita punya dan sebatas takdir tidak terjadi apa-apa namun dalam kisah remaja di atas takdir tragedi yang berlaku itu juga baik tiada buruknya yang sudah dituliskan Allah.

Di dalam Al Quran dan hadis juga disebutkan kalau sudah ajal disitu malah dinegeri mana pun maka Allah akan menjadikan urusannya di situ dan seseorang pasti bersikeras mahu ke situ juga.

Di dalam Al Quran ada disebut suatu kaum nabi terdahulu [penulis lupa samada Saleh a.s atau Hud a.s atau Syuaib as.s…] yang suka duduk di simpang-simpang mengacau menakuti orang [meski dalam konteks berlainan] maka itu sesudah dewasa dan mengenal Al Quran maka harus ditinggalkan perbuatan itu yang berkait juga dengan sedikit cara hidup remaja melayu. [termasuk aku…]

Bertitik tolak dari ayat Al Quran itu maka mungkin Nabi Muhammad saw menyebutkan hadis ini dalam konteks semasa baginda dan zaman terkini:

Dari Abu Sa’id Al-Khudri Ra, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu sekalian duduk-duduk di pinggir jalan”

Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, kami tidak dapat meninggalkan majlis untuk berbual disana?”

Rasulullah SAW bersabda : “Apabila kamu semua merasa keberatan untuk meninggalkan majlis itu [ditepi jalan], maka kamu sekalian harus memberikan hak jalan”

Mereka bertanya, “Apa hak jalan itu ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab, “Ialah memejamkan mata (tidak bermata keranjang), menahan gangguan (tidak mengganggu orang), menjawab salam, menganjurkan kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. – (HR. Bukhari dan Muslim) *Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: Jangan tolong syaitan menghina, betulkan doakan dia – Umar Al Khattab

KLIK: Video 8 remaja berbasikal maut dirempuh kereta

KLIK BACAAllahyarhamah Che Tom tak sempat temui Azwan Ali

TERKINI: Siasatan Forex bawa polis, SPRM saya boleh jawab, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Zam hairan banyak kejadian buruk berlaku di bawah Najib

KLIK BACAHimpunan 355: Lelaki gagal kawal ‘burung’ denda cuma RM5,000 memalukan…

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share