Naib presiden Indonesia, ketua polis mempertahankan Siti Aisyah, berkata dia ditipu untuk percaya dia hanya mengambil bahagian untuk rancangan “prank” di TV.

JAKARTA: Seorang wanita Indonesia yang ditahan kerana pembunuhan abang pemimpin Korea Utara “diperdaya” untuk percaya dia sedang mengambil bahagian rancangan “prank” di televisyen, kata pegawai Indonesia semalam.

Siti Aisyah ialah antara 3 individu yang ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Kim Jong Nam, menggunakan racun di lapangan terbang Malaysia pada Isnin, di mana Korea Selatan berkata ia dilakukan ejen wanita yang bekerja untuk Pyongyang, menggunakan racun.

Polis Malaysia berkata Jong Nam, abang pada Kim Jong Un, sedang bersiap sedia menaiki pesawat ke Macau, apabila secara tiba-tiba didatangi 2 wanita yang menyimbah sejenis cecair di mukanya.

Tetapi, Ketua Polis Indonesia Tito Karnavian berkata Aisyah, 25, ditipu untuk percaya yang dia hanya mengambil bahagian dalam “prank” untuk siaran TV seperti “Just For Laughs”, siri TV popular dengan rakaman kamera tersembunyi.

“Mungkin dia dipergunakan, dia tidak sedar ia adalah cubaan pembunuhan,” katanya dipetik sebagai berkata kepada media tempatan.

Siti Aisyah disyaki ejen Korea Utara kes bunuh Kim Jong Nam – Foto Tribunnews | FMT

Beliau berkata Aisyah dipujuk untuk menjalankan “prank” serupa – menyembur sejenis cecair ke mata seseorang – dengan seorang lagi wanita dalam 3 atau 4 kali sebelumnya dan diberikan bayaran.

Tetapi, bagi semburan bagi kejadian terakhir, ia membabitkan serangan terhadap Jong Nam menggunakan “bahan bahaya”, katanya.

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla berkata Aisyah “diperdaya untuk percaya dia sedang bermain permainan” yang digambarkan sebagai “rancangan realiti” di mana orang menggunakan “kamera tersembunyi atau kawalan jarak jauh”.

“Jika dia benar-benar seorang ejen, saya percaya dia tidak akan dapat ditemui,” katanya.

Polis menahan Aisyah selepas menangkap teman lelakinya warga Malaysia berusia 26 tahun, dan seorang wanita pemegang pasport Vietnam berusia 28 tahun.

Pada Jumaat, keluarga Aisyah dan jirannya di Jakarta ketika ditemui berkata mereka tidak dipercayai dia boleh dikaitkan dengan pembunuhan dramatik itu.

Di Tambora, Jakarta, di mana Aisyah pernah menetap bersama bekas suaminya, bapa mentuanya Tjia Liang Kiong, 56, berkata beliau terkejut dengan berita itu.

“Tidak mungkin orang sebaik itu boleh melakukannya. Saya tidak percaya kerana dia baik orangnya. Dia baik, kalau dia tidak baik mustahil saya kahwinkan dia dengan anak saya,” katanya.

Aisyah berkahwin dengan anak lelaki Tjia bekerja untuk syarikatnya dan mereka mempunyai seorang anak sebelum dia ke Malaysia untuk bekerja.

Mereka bercerai pada 2012 dan anaknya tinggal bersama keluarga bekas suami. Kali terakhir Aishah melawat anak lelakinya itu pada 28 Januari, kata Kiong.

Pihak berkuasa imigresen Indonesia berkata Aishah ke Malaysia pada 2 Februari.

Bekas jirannya, Nihayah, 25, turut terkejut dengan berita itu.

“Saya sangat terkejut kerana dia sangat normal, saya tidak boleh percaya langsung. Keluarga itu baik dan peramah tetapi Siti pendiam. Dia hanya bercakap bila ditanya. Dia pendiam dan sopan,” katanya. – AFP

KLIK BACARakyat bangga jika Hadi bawa PAS ke landasan yang betul – Mahfuz

KLIK BACA: Pemimpin PAS patut contohi Tun Mahathir dan Kit Siang

KLIK BACA: Kadir Jasin: George Tan dalam kes BMF dan Jho Low dalam kes 1MDB tapi…

KLIK BACA: Najib tak berani bersemuka Dr Mahathir lagi, kata Kadir Jasin

KLIK BACA: Jerung yang macam mana mahu SPRM tangkap, soal menteri Umno

TERKINI: ‘Tabiat suka meminjam Najib akan jadikan Malaysia mengemis’

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Nik Abduh sindir PAN mabuk, setia PAS pada Islam memang lejen

KELAKAREYCerita Lawak Penduduk Kampung Yang Pendek Akal


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share