Siti Aisyah warga Indonesia suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam di KLIA2, Malaysia – Foto Tribunnews

Ini Penampakan Siti Aisyah Agen Korut Tersangka Pembunuh Kim Jong Nam – Foto Tribunnews

Misteri seorang suspek yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-un, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara Jong-um makin terserlah setelah media Indonesia cuba mengesan jejaknya di negara seberang.

Siasatan Jawa Pos mendapati pemegang pasport Indonesia itu ternyata benar-benar warganegara republik itu, malah pasport dan maklumat dalamnya juga sahih.

Seorang pegawai kanan imigresen Indonesia Agung Sampurno mengesahkan nombor pasport – yang salinannya diperoleh wartawan Jawa Pos di Malaysia – dan data-data dokumen itu sahih.

Berdasarkan data itu, Siti Aisyah dilahirkan di Serang pada 11 Februari 1992 dan alamat terakhirnya di Jalan Angke Indah Gang I, Tambora, Jakarta Barat.

Berdasarkan rekod imigresen juga, ia pasport kedua Aisyah yang dibuat pada 17 November 2014 selepas pasport pertama tamat tempoh. Data dalam kedua-dua pasport itu dilaporkan konsisten.

“Foto pasport yang pertama dan kedua juga serupa. Namun, ada perubahan penampilan Aisyah,” lapor Jawa Pos.

”Yang kedua kelihatan lebih ayu. Mungkin kerana dandan, ” Agung dipetik sebagai berkata.

Siti Aisyah antara tiga suspek yang didakwa membunuh Jong-nam di lapangan terbang di Sepang. Beliau dilapor ditangkap di sebuah hotel di Ampang, semalam.

DIKEMASKINI: Siti Aisyah fikir bunuh Kim Jong Nam hanya ‘Prank’ rancangan TV

11 hari sebelum pembunuhan

Sementara itu, carian imigresen pula mendapati Aisyah secara rasmi meninggalkan Indonesia pada 8.35 pagi, 2 Februari 2017 – 11 hari sebelum tarikh beliau dikatakan membunuh Jong-nam.

Aisyah dikatakan melalui Batam untuk ke Johor tetapi imigresen Indonesia tidak menolak kemungkinan dia menggunakan laluan tikus.

Sementara itu, Jawa Pos juga cuba mengorek maklumat peribadi Aisyah dengan berkunjung ke alamat terakhirnya di rumah tiga tingkat di kawasan yang laluannya amat sempit.

Bagaimanapun, usaha media gagal apabila rumah 12 x 5 meter itu telah berpindah tangan.

Dilaporkan ia dulu dimiliki oleh majikan Aisyah, Liang Kiong, seorang pengusaha konfeksi dan agen rumah, yang kemudian menjadi mertua suspek itu.

Ia dikatakan telah bertukar tangan sejak tiga tahun lalu setelah Liang Kiong berpindah kerana perniagaannya gagal.

Sementara itu, ketua kampung itu Rahmat Yusri pula mendedahkan bahawa, Aisyah yang berasal dari kampung, pada awalnya menjadi pembantu rumah dengan Liang Kiong yang menginap di kejiranan itu selama 19 tahun.

“Memang (Siti) orangnya cantik. Anak Pak Liang Kiong, namanya Gunawan Hasyim, jadi tertarik.

“Mereka akhirnya menikah. Saya tidak ingat bagaimana nikahnya, tapi sekitar pertengahan 2000-an,’’ kata lelaki 48 tahun itu.

Pertama kali ke M’sia pada 2009

Rahmat tidak banyak maklumat berkaitan Aisyah kerana wanita itu hanya keluar rumah jika hendak ke pasar, manakala keluarga Liang Kiong yang berasal dari Pontianak pula jarang bergaul dengan masyarakat.

Rahmat juga mendedahkan Aisyah dan suaminya pertama kali datang ke Malaysia pada 2009 untuk bekerja tetapi mereka kemudian berpisah.

Sementara itu, Jawa Pos juga menemui Hendra Gunawan, seorang lagi menantu Liang Kiong yang pernah tinggal di Tambora – kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah lama Liang Kiong.

Lelaki itu ternyata mempunyai kisah lebih sensasi berkaitan wanita itu apabila mendakwa perceraian Siti Aisyah disebabkan kecurangannya dengan lelaki lain ketika di Malaysia.

“Jadi, mereka memang sudah cerai saat anaknya masih satu tahun. Setelah itu (Siti Aisyah) sama sekali tidak pernah ke sini,’’ ungkap lelaki yang mesra dengan panggilan Abe itu.

Rio Hasyim, anak Aisyah dan Gunawan Hasyim, kemudian dijaga oleh datuknya.

Bekas suami Siti Aisyah kini dikatakan bekerja di Bangkok.

DIKEMASKINI: Siti Aisyah fikir bunuh Kim Jong Nam hanya ‘Prank’ rancangan TV

JAKARTA: Ibu kepada suspek kedua kes pembunuhan lelaki Korea, Kim Jong-nam mendakwa anaknya, Siti Aisyah sebagai wanita tempatan yang bersikap sederhana.

Ibu Siti Aisyah, Benah berkata, dia juga tidak boleh tidur apabila mengetahui anaknya dinamakan sebagai suspek dalam kes pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

“Mustahil! Anak saya seorang yang baik,” katanya kepada portal Fairfax Media ketika dihubungi dari rumahnya di Ciomas, wilayah Banten.

“Saya juga terkejut, tidak boleh tidur, begitu juga kami sekeluarga di rumah tidak boleh tidur kerana memikirkan nasibnya.

“Anak perempuan saya bukan seperti itu, dia hanya wanita tempatan,” katanya.

Selain itu, Benah berkata, Siti Aisyah pernah bekerja di sebuah kedai pakaian di Batam, sebuah kepuluan kecil Indonesia di wilayah Riau dekat Singapura.

Malah anaknya itu sering menghantar wang antara 500,000 dan satu juta rupiah (RM150 dan RM300) kepada Benah pada setiap bulan.

Siti Aisyah juga memberitahu ibunya bahawa dia mempunyai seorang kekasih lelaki warga Malaysia.

Benah hanya mengetahui anaknya ditahan polis Malaysia selepas dihubungi oleh bekas ibu mentua Siti Aisyah.

Dia juga tidak menerima panggilan daripada Kementerian Luar Indonesia atau polis untuk memaklumkan tentang penahanan anaknya itu.

Benah berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Tahun Baharu Cina hujung bulan lepas.

“Ketika itu, dia demam,” katanya.

Siti Aisyah ditahan polis Malaysia kira-kira pukul 2 pagi Khamis selepas disyaki terlibat dalam pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Isnin.

Dia dipercayai bersubahat bersama seorang lagi suspek dipercayai warga Vietnam dengan menyembur racun di muka mangsa di balai pelepasan lapangan terbang berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Imigresen Indonesia, Agung Sampurno berkata, Siti Aisyah meninggalkan Indonesia dari Batam ke Johor pada 2 Februari dan tiada rekod menunjukkan wanita itu pulang ke Indonesia selepas tarikh berkenaan.

Dalam pada itu, bekas bapa mertua Siti Aisyah, Tjia Liang Kiong menolak dakwaan bahawa wanita berusia 25 tahun itu merupakan perisik.

“Saya hanya mampu ketawa. Bagaimana dia boleh menjadi perisik?

“Dia tidak boleh bercakap bahasa Inggeris atau memiliki pengajian tinggi,” katanya. – Mkini | MRM | mStar | TribunNews

DIKEMASKINI: Siti Aisyah fikir bunuh Kim Jong Nam hanya ‘Prank’ rancangan TV

KLIK BACA: Suspek bunuh Jong-nam tak pakai coli, laporan undang kecaman

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Nik Abduh sindir PAN mabuk, setia PAS pada Islam memang lejen


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share