Kenyataan media oleh Dato Mahfuz Omar mengenai isu penggantungan jawatan Tan Sri Annuar Musa

oleh Mahfuz Omar

1. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa telah digantung jawatan serta merta sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara ) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) susulan isu penajaan UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW).

Saya ucapkan tahniah diatas keberanian dan ketegasan pengurusan Mara dan Ahli majlis Mara yang bermesyuarat khas tanpa pengetahuan Annuar Musa untuk menggantung jawatan beliau dengan serta merta.

2. Penggantungan terhadap Annuar Musa diambil kononnya untuk memasti dan mengelak dari sebarang campur tangan Annuar Musa terhadap pasukan audit dalaman Mara membuat siasatan.

Tindakan ini bagi saya adalah langkah yang wajar untuk memastikan tiada unsur salah guna kuasa dilakukan oleh orang yang berkepentingan iaitu Annuar Musa.

Advertisement

Langkah sebegini wajar menjadi amalan dalam semua peringkat pengurusan pentadbiran negara kerana setiap salah laku hendaklah dilaporkan tanpa memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah dan tanpa mengambil kira siapa yang melakukannya.

3. Persoalannya adakah amalan ini juga membabitkan anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga ke peringgat Timbalan Menteri dan juga di peringkat kerajaan negeri.

Menggantung Annuar Musa untuk siasatan yang membabitkan penajaan tak sampai RM2 juta berbanding siasatan keatas PM Najib dan akaun peribadinya dengan wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion dan wang SRC RM42 juta adalah sesuatu yang pelik serta tidak munasabah.

Memang tiada peruntukan undang-undang untuk menggantung PM tetapi PM Najib boleh dengan rela hati menggantung tugasnya sebagai PM dan Menteri Kewangan dengan mengambil cuti dan jawatan PM serta Menteri Kewangan dipangku untuk mengelak dari campur tangan dan salahguna kuasa Najib yang boleh mengganggu pasukan penyiasat.

4. Oleh kerana Najib masih berdiri sebagai PM semasa siasatan dibuat keatasnya dan 1MDB maka berlaku ‘kacau-bilau’ dalam SPRM semasa diserbu PDRM sehingga berlaku pertukaran segera pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) walaupun kemudiannya dibatalkan adalah membuktikan memang berlaku unsur salahguna kuasa orang yang berkepentingan iaitu Najib.

Apa tidaknya,dalam kes memecat Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada tahun 2016, Najib menggunakan kuasanya sebagai orang yang berkepentingan dalam kes sisatan untuk memecat TPM dan Peguam Negara semata-mata bagi mengelak Najib didakwa.

Malangnya rakyat Malaysia kerana dipimpin oleh jemaah menteri dan pemimpin Umno/BN sebagai kerajaan yang korup serta Ketua Polis Negara dan Peguam Negara yang ‘xxxxxxx’.

Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.

DATO’ HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
1 Feb 2017/4 Jamadilawal 1438H. – Sumber Mahfuz Omar | Foto FMT

KLIK BACA: Najib minta Annuar diberi peluang bersihkan nama

KLIK BACA: Trump pecat peguam negara belajar dengan siapa?

KLIK BACA: Bagus tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Forex Mahathir dan 1MDB Najib sekali

READ MORE: Kleptocracy destroyed Msia’s prosperity and Asian Tiger image – Tun Mahathir

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

KLIK BACA: Wang KWSP dipinjam SRC ‘sangkut’ di BSI yang ditutup Singapura

TERKINI: Kalau Zahid jadi PM apa jadi kepada Tun Mahathir – Timmy Say

KLIK BACA: Isu BMF diungkit untuk alih perhatian dari 1MDB, kata peguam Tun Mahathir

KLIK BACA: Syaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah..

Advertisement

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share