Datuk Husam Musa mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding pilihan raya umum PRU14 di Putrajaya – Foto The Star

Kuala Lumpur – Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai pilihan raya umum PRU14 akan datang sebagai calon.

Dan kerusi yang diperuntukkan kepada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ialah Putrajaya – kawasan yang dibangunkan sendiri olehnya semasa beliau menjadi perdana menteri.

Kata Husam, langlah berkenaan dianggap perlu kerana Dr Mahathir mampu menjadi simbol kepada Pakatan Harapan untuk “menggoncang” Putrajaya.

Mengenai calon perdana menteri pakatan pembangkang itu pula, Husam berkata, sesiapa pun boleh dilantik asalkan ia dipersetujui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement

Husam juga berpendapat, pembangkang juga tidak perlu terlalu rigid menamakan calon perdana menteri mereka.

“Putrajaya adalah kerusi Dr Mahathir. (Walaupun) beliau sudah berusia untuk bertanding, tapi kita mesti mempunyai simbol (dalam pilihan raya umum).

“Jika Dr Mahathir diizinkan bertanding di kerusi Putrajaya, ia akan menjadi simbol pembangkang untuk menggoncang Putrajaya (dan) saya fikir (masalah) selebihnya boleh diselesaikan,” katanya di Ampang tempohari.

Mengulas kesedian bertanding bagi kerusi parlimen Putrajaya, Dr Mahathir hanya memberi reaksi ketawa dan berkata sejauh mana beliau mampu bertahan.

“Berapa lama saya boleh bertahan….” katanya kepada Malaysiakini, apabila diberitahu bahawa beliau masih lagi mempunyai kekuatan menjadi ahli parlimen.

Begitu juga Husam yang menyatakan beliau selesa di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor serta tidak berhajat untuk ‘menjaga’ kerusi Parlimen Putrajaya.

“Saya Salor saja, nak jaga negeri sahaja, biarlah Tun (Mahathir) jaga negara ini,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Berkatalah PAS melangit tinggi apa pun terhadap isu 1MDB, SPRM, Jho Low, balak Kelantan, banjir, royalti minyak tetapi itu bukan pendirian Hadi Awang jadi bawahan PAS cuma kader yang menjadi bahan percaturan KING di atas yang menghalang dan menyukarkan keadaan atas kehendak atasan sedang tiada apa faedahnya untuk rakyat Malaysia.

Kepada Hadi [bakal Perdana Menteri yang tidak yakin kemampuan diri…?] biarlah PAS menjadi seperti peribahasa “Merak Meninggal Dalam Hutan” bila mana kecantikan dan kemegahan tidak berguna hanya dipamer akhirnya mati menyendiri seperti sikap PAS sejak dahulu hanya bermukim di Kelantan akibat tiada kebesaran jiwa mahu menawan Putrajaya seperti momentum dilakukan merak kayangan Tuan Guru Nik Aziz.

Mungkin PAS hanya mahu mencari keredhaan Allah maka tidak perlulah menjadi parti politik maka lebih elok mereka mendakwah abangnya Umno sahaja kerana Umno juga memperjuangkan Islam malangnya bukan dari aspek kebenaran dan keadilan.

Thoha Putrajaya

“The Prophet (SAWS) said, ‘Torrential will be your affairs after me when men recognize what is wrong, but it will not be disliked for themselves what they recognize. So do not obey whoever disobeys nor send astray people from your Lord.’” [Ubadah as-Samit r.a]

*Geram melihat kamu menjadi mangsa perbudakan. – Susunan: Ana Ghoib aku demam ….

KLIK BACA: PRU14 menang Anwar jadi PM, hanya Tun Mahathir boleh lakukannya

KLIK BACA:  Anwar Ibrahim Meninggal Dunia Di Penjara Kerana Peribadi?

KLIK BACA: Iran ancam hancurkan seluruh Arab Saudi kecuali Makkah dan Madinah

KLIK VIDEO: Video amanat Tun Mahathir kepada penduduk Pekan, tolonglah…

KLIK BACAZaid: Lantik Dr Mahathir calon PM, biar Umno bergolak sama sendiri

KLIK BACA: Rasulullah soal Sahabat bagaimana jika kau lihat pembesar mengambil harta?

KLIK BACA: Zaman Mahathir rakyat tidak terkongkong – Bekas MB Selangor Mat Taib

MESTI BACA: Sanusi: Orang terkorban bertanya pasal 1MDB

KLIK BACA: 29 Dalil Kesalahan-kesalahan krusial Kit Siang

KLIK BACA: Zaid: Ketepi siasatan forex adakan inkuiri pembunuhan Altantuya

PANAS KLIK BACA: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

KLIK BACA: Teks ucapan Dr Mahathir yang orang melayu mesti baca!

TERKINIKuat betul tawakal Dr Mahathir pelawa diri ditangkap dan dibicarakan – Ana Ghoib

KLIK BACA: GEMPA BUMI – Teguran Allah kata Rasulullah – Jawablah… – Ana Ghoib

TERKINI: Antara Najib dan DAP siapa patut kita takuti? – Shahbudin

TERKINI: “Saya akui saya sudah tua nyanyuk tetapi….” – Tun Mahathir

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share