Pengurus cawangan Falcon Private Bank di Singapura mengaku salah terhadap enam pertuduhan yang berkaitan dengan siasatan Singapura ke atas 1MDB.

Jens Fred Sturzenegger yang merupakan warganegara Switzerland adalah individu kelima yang didakwa di Singapura berkaitan siasatan tersebut.

Beliau dihukum penjara selama 28 minggu dan denda sebanyak S$128,000.

Falcon Private Bank dimiliki oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi.

Pihak pendakwa Singapura memberitahu mahkamah bahawa ahli perniagaan Malaysia Jho Low mempunyai kawalan ke atas empat akaun di bank tersebut.

Advertisement

Menurut Channel News Asia, Sturzenegger mengaku salah terhadap pertuduhan gagal untuk melaporkan urus niaga berpotensi jenayah melibatkan berbilion-bilion dolar dan berbohong kepada pihak berkuasa bagi melindungi kepentingan kewangan Jho Low.

Sturzenegger didakwa kerana gagal mematuhi arahan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) untuk melaporkan pemindahan mencurigakan bernilai AS$1.262 bilion kepada dua akaun bank Falcon pada tahun 2013.

Beliau turut didakwa berbohong kepada pegawai MAS untuk mengalihkan perhatian daripada menyiasat beberapa akaun bank dikawal oleh Low dengan mendakwa akaun-akaun tersebut ‘dimiliki dengan manfaat’ oleh Eric Tan Kim Loong yang diketahui bersekutu dengan Low.

Sturzenegger dikatakan berbohong kepada para penyiasat tentang tidak pernah berhubung dengan Low. – Malaysiakini | Foto FMT

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

KLIK VIDEOVideo Penculik Van Putih Ditangkap Setelah Dikejar Orang Awam

TERKINI: Hutang negara dijangka lebih RM1 trilion, dakwa Tony Pua

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share