Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa nilai hutang negara dijangka meningkat lebih RM1 trilion.

Pua menjelaskan seperti yang dicatat dalam laporan kewangan negara, jumlah hutang rasmi kerajaan Persekutuan adalah RM700 bilion, dan itu belum dicampur dengan jumlah hutang tidak rasmi, seperti pengambilalihan hutang 1MDB, projek ECRL yang bernilai RM55 bilion dan termasuk kos projek MRT.

Beliau berkata demikian dalam Forum 1-CPI ‘Berapa Beban Hutang Dari Projek Mega Najib’ yang dianjurkan INVOKE Malaysia, malam tadi.

Video tersebut dimuat naik secara langsung oleh Rafizi di Facebooknya, yang dimoderatorkan mantan pengerusi SMM, Syukri Razab.

Turut hadir menjadi barisan panelis adalah Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Amanah-Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Menurut Pua, tidak menjadi kesalahan berhutang untuk melaksanakan pembangunan, namun ia haruslah berpada-pada.

Jelasnya lagi, jika defisit terlampau besar sehingga kerajaan tidak mampu membayar balik hutang, ini akan menyebabkan kadar inflasi naik dan keyakinan pelabur dalam negara akan menurun serta memberi kesan kepada penguncupan nilai ringgit. – KiniTV

TERBARU: 1MDB pura-pura untung, pinjam tak pernah hasil wang dari perniagaan – Tony Pua

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINIJens Fred Sturzenegger mengaku salah 6 tuduhan siasatan 1MDB Singapura

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Advertisement