Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini mendakwa 1MDB hanya berpura-pura ia seolah-olah sebuah firma yang membuat keuntungan besar serta mampu menyumbangkan sejumlah besar wang untuk menunaikan tanggung-jawab sosial koporat.

Tetapi hakikatnya, kata Pua, firma pelaburan negara itu membuat pinjaman besar-besaran sehingga berdepan dengan masalah membuat pembayaran semula.

Pua mengulas kenyataan 1MDB semalam yang bekata, firma itu membelanjakan RM690 juta melalui yayasan bagi tujuan kebajikan dan operasi perniagaannya adalah sah serta tidak membabitkan sebarang wang yang dicuri.

“Perbelanjaan 1MDB yang begitu bermurah hati untuk tujuan kebajikan CSR seharusnya menjadi penanda aras bagi semua syarikat lain untuk mencontohinya.

“Kenyataan 1MDB dan jumlah besar yang dibelanjakan untuk CSR bertujuan untuk meningkatkan persepsi bahawa firma milik kerajaan itu adalah sebuah syarikat koporat yang baik hati, jauh berbeza daripada reputasi buruk mereka di peringkat global,” katanya.

Advertisements

Bagaimanapun, menurut Pua, satu-satunya masalah, dan yang penting, adalah bahawa 1MDB tidak pernah menghasilkan wang daripada perniagaannya, baik dahulu mahupun sekarang.

Bagi perniagaan sektor tenaga yang “menguntungkan”, Pua berkata, 1MDB meminjam secara meluas untuk membelinya pada harga terlalu mahal pada RM12.1 bilion.

“Pinjaman begitu besar sehingga keuntungan daripada syarikat tenaga tidak mencukupi untuk membayar faedah pinjaman berkaitan dalam kumpulan itu, apa lagi untuk bayaran pokok.

“Akibatnya, 1MDB terpaksa menjual perniagaan tenaga pada harga RM9. 83 bilion dan menerima kerugian besar RM2.27 bilion,” katanya.

Pua berkata perniagaan hartanah 1MDB tidak pernah dilaksanakan bagi tahun berkenaan dan tanah 1MDB diperolehi serta diberi milik kepada firma itu oleh kerajaan persekutuan pada harga yang cukup murah.

“Syarikat itu menjual tanah yang belum dimajukan kepada Tabung Haji dan Kumpulan Tabung Angkatan Tentera Pencen (LTAT), yang dipujuk untuk membeli pada harga tinggi,” katanya.

Malah, dengan ini sekalipun, menurut Pua, 1MDB masih tidak dapat menyelesaikan hutang tertunggak yang melebihi RM35 bilion hari ini.

“Seperti yang kita ketahui melalui pendedahan Pejabat Peguam Negara Switzerland dan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, sekurang-kurangnya AS$5 bilion diselewengkan daripada dana 1MDB manakala lebih AS$730 juta daripada jumlah itu dikesan berada dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

“1MDB tidak melaksanakan program kebajikan CSR daripada simpanan tunai hasil daripada keuntungan syarikat.

“Sebaliknya, 1MDB berpura-pura seolah-olah ia sebuah syarikat yang untung besar, berbelanja besar bagi CSR melalui pinjaman mega dan kini menghadapi masalah pembayaran semula,” katanya.

Beban pinjaman ini, Pua berkata, kini diletakkan ke atas bahu rakyat Malaysia yang terpaksa menyelamatkan MDB melalui kerajaan persekutuan. – Malaysiakini

TERKINI: Guan Eng gesa kerajaan batal pasport Jho Low untuk selesai skandal 1MDB

TERBARUNajib akhirnya bersuara kes tangkapan SPRM tapi……

TERKINI: Jens Fred Sturzenegger mengaku salah 6 tuduhan siasatan 1MDB Singapura

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share