PENYERANG Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memohon maaf kerana tidak memakai baju Melayu pada majlis Anugerah Bola Sepak FIFA 2016 di Zurich Switzerland, awal pagi tadi.

Mohd Faiz berkata, beliau terpaksa memakai pakaian formal baju sut berikutan cuaca sejuk sekitar -5 celsius.

“Keadaan di sini memang sejuk, saya terpaksa pakai baju kot. Bukan tak nak pakai baju Melayu tapi terlalu sejuk.

“Saya mohon maaf… Insya-ALLAH saya akan cuba pakai walaupun bukan di Zurich,” katanya ketika ditemubual secara langsung TV3 di Zurich, sebentar tadi.

Sebelum ini, Faiz berhasrat memakai set persalinan lengkap baju Melayu yang ditaja beberapa pihak pada majlis anugerah bola sepak berprestij itu.

FIFA turut memberi kebenaran kepada Faiz selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat permohonan.

Mohd Faiz melakar sejarah bola sepak negara dan Asia selepas dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas.

Jaringan ajaib berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti ‘banana kick’ disifatkan ‘melanggar hukum fizik’ itu membolehkan penyerang berusia 30 tahun itu meraih anugerah jaringan terbaik itu pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland semalam.

Anugerah terbabit disampaikan legenda bola sepak Brazil, Ronaldo sekali gus menyaksikan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang pernah merangkul anugerah terbabit seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Kemenangan ini juga menyaksikan bapa kepada dua cahaya mata itu mengecewakan hasrat bumi Amerika Selatan apabila mengetepikan dua pencabarnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. – Sinar Harian

TERBARUNajib akhirnya bersuara tapi……

TERBARU: Tun Mahathir, mufti bukan pengampu kerajaan – Majlis Fatwa

TERKINI: Saya bangga umum MARA jual 1 hartanah di Melbourne bayar hutang – Annuar

TERKINI: Jual tanah kepada China, Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

Advertisement