Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “gila” apabila mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing.

“Dia gila. Kita jual tanah kepada kedutaan untuk buat bangunan kedutaan. Syarikat luar untuk membina projek mereka, ini bukan satu kesalahan.

“Sedangkan sebelum ini banyak juga tanah telah dijual ketika zaman Tun Mahathir lagi. Kenapa dia tidak fikir pasal itu masa dia jual tanah,” soal Nazri.

Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara gemilang persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir di blognya sebelum ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak memberi takrif baru kepada pelaburan langsung asing (FDI).

Advertisements

Katanya, strategi perdana menteri menarik FDI melalui penjualan tanah sama seperti menjual Singapura kepada Bristish pada zaman negara dijajah.

Beliau memberikan contoh projek Forest City di Johor yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China yang didakwanya akan didiami 700,000 orang dari China.

“Apabila kita menjual Singapura kepada British, kita mesti tahu Singapura dengan segala kekayaan dan pembangunannya menjadi negara asing,” kata Mahathir menerusi blognya.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan bagaimana mungkin tanah di negara ini akan terjual kepada negara asing.

“Saya nak tanya Dr Mahathir kalau kita jual tanah sebanyak satu ekar kepada orang luar, lepas tu kita potong-potong tanah itu dan bawa ke China.

“Di Johor, kalau seekar kita potong-potong kemudian kita boleh ke hantar kepada negara China?,” Soal Nazri.

Justeru Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Rengas mahu semua pihak lagi melayan Mahathir yang semakin hari dilihat ‘semakin mengarut’.

“Jadi apa yang dicakap ni? Dia makin lama makin mengarut. Dia nak cipta masalah. Kita nak negara bergerak maju. Kita nak maju.

“Saya minta rakyat Malaysia jangan layan orang tua ini,” tambah Nazri.


Nota Ana Ghoib: Nazri langsung tidak merujuk sejarah dan kebanyakannya pura-pura kepala gila seperti mengenai kejatuhan ringgit manakala untuk mempertahan tindakan gila menjual tanah melayu lebih gila lagi gamaknya.

Buktinya cuba pembaca rujuk kisah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus seorang wali besar tanah melayu keturunan Rasulullah atau terkenal dengan nama Tokku Paloh penasihat Sultan yang berjuang mempertahankan tanah melayu.

Menurut sejarah bila mana  British meminta Bukit Besar, sebuah kawasan milik Terengganu, Sultan meminta British berunding dengan Tokku Paloh yang mana kemudiannya Tokku Paloh membenarkan British mengambil Bukit Besar dengan syarat bukit itu hendaklah dibawa balik ke England.

Tokku Paloh mengizinkan pihak British mengaut seberapa banyak tanah untuk diisi kedalam kapal mereka.

Analogi menyindir Tokku Paloh itu memang tepat benar mengena untuk mempertahankan hak melayu dari dijual atau digadai walau pun untuk diduduki orang asing.

Analogi Nazri berlawanan dengan hujah seorang wali Allah kononnya bila dijual tanah itu dipotong-potong bawa balik ke China bagi menunjukkan melayu tidak hilang hak sebenar atas kawasan tersebut seperti dakwaan Tun Mahathir.

Apa kita harap dari orang melayu Umno yang suka memperlekeh walau perkara BENAR seperti Nazri malah yang terang-terangan mengatakan dirinya melayu bijak dan betul sementara tanpa segan silu menggunakan bahasa kiasan kesat kepada orang tua?

Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”. – (Al-Kahfi 18:103-104)

Agama itu adab dan akhlak wahai Nazri anak Aziz dan akhir kalam apa kata jika kita beli bilik di dalam rumah [wilayah kedaulatan] Nazri lalu tinggal bersama-sama Nazri , isteri cantik dan anak-anaknya [janji tak potong-potong…] mana tahu kita orang asing dapat SAILANG atau meraih sesuatu dan Nazri selesa mengenainya fikirkan…. – Ana Ghoib al Hina

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERBARU: Cuti luar negara, Najib cuma luang masa bersama anak, kata pembantu Rosmah

TERKINI: Jemaah Haji selepas ini jangan pura-pura tak tahu sumber wang – Tun Mahathir

TERKINI: Tun Mahathir tak kenal siapa BAHRI yang difitnah pemakan DEDAK

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share