Di sebalik tohmahan mengenai percutian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama keluarga ke Australia baru-baru ini, pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor melihatnya dari sisi yang berbeza.

“Saya memandang dari sisi yang berbeza. Ayah dan anak beriadah dengan mengayuh basikal dan seperti mana orang lain, mereka mahu lakukan aktiviti bersama.

“Tidak seperti orang lain, ayah mempunyai banyak masa diluangkan bersama keluarga. Si ayah bekerja 7 hari seminggu, keluar rumah pagi hari dan pulang lewat malam.

“Dalam setahun mungkin 10 hari sahaja si ayah benar-benar dimiliki oleh keluarga. 355 hari lagi mereka terpaksa berkongsi ayahnya dengan rakyat,” kata Rizal dalam catatan di Facebooknya lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, percutian Najib sekeluarga di Australia menunjukkan mereka terpisah daripada realiti sebenar kehidupan rakyat.

Katanya, ketika rakyat biasa bergelut dengan kenaikan kos sara hidup dan banjir yang melanda, Najib dan keluarganya pula bercuti dengan menggunakan jet kerajaan.

“Sementara rakyat muram dan berjimat cermat dengan naiknya harga petrol di ambang tahun baru, perdana menteri diberitakan terbang dengan keluarga bercuti menaiki jet mewah kerajaan menjelajah Australia.

“Tanpa menghayati sensitiviti rakyat, gambar-gambar bermain golf dan beriadah mewah sekeluarga disebarkan di Facebook oleh ahli keluarganya,” kata Raja Kamarul.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, justeru, beliau berharap pihak yang mengkritik hal berkenaan dapat merenungkan hubungan ayah dengan anak-anaknya.

“Renungkanlah. Ada orang untung dapat ayah berada. Ada orang untung dapat ayah punya banyak masa dan ada orang bertuah masih ada ayah,” tambah Rizal sambil menyedekah surah Al-Fatihah buat arwah ayah beliau.

TERKINI: Nazri sifatkan Mahathir ‘gila’

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

TERKINI: Jemaah Haji selepas ini jangan pura-pura tak tahu sumber wang – Tun Mahathir

TERKINI: Tun Mahathir tak kenal siapa BAHRI yang difitnah pemakan DEDAK

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share