Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini kelihatan keliru apabila ditanya mengenai peletakan jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin yang dikaitkan dengannya.

“Bahri ni siapa dia?,” Soal bekas perdana menteri itu ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut.

Selasa lalu, Bahri dilapor memilih untuk bersara awal setelah berkhidmat dengan SPRM selama 30 tahun.

Bahri berkata peletakan jawatannya kerana kecewa dengan keengganan jabatan peguam negara membuat pendakwaan berhubung kes SRC International, anak syarikat 1MDB yang disiasat SPRM.

Bagaimanapun portal Free Malaysia Today memetik sumber yang tidak dinamakan mengaitkan peletakan jawatan Bahri kerana Mahathir.

Laporan itu mendakwa Bahri merasa “dikhianati” oleh Mahathir kerana mendakwa anak-anaknya memiliki kepentingan dalam 400 syarikat ketika menjadi perdana menteri.

Bahri mentertawakan dakwaan itu, dengan mengatakan ia dibuat oleh mereka yang telah memakan “dedak”.

Sementara itu Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata beliau tidak mempunyai masalah jika SPRM mahu menyiasat beliau atau keluarganya.

“Mereka mempunyai hak untuk menyiasat sesiapa sahaja, saya tidak mempunyai bantahan selagi siasatan wajar dan berdasarkan fakta bukan kaitan dengan parti itu atau parti ini atau kerana mereka berada dalam pembangkang.

“Kita mahu lihat keadilan. Jika kita berbuat apa-apa yang salah dalam parti, siasat kami,” katanya.

Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan lagu tema BERSATU di Shah Alam, Selangor. – Malaysiakini

TERKINI: Apakah Peguam Negara ada kuasa lindungi PM, kata bekas polis

TERKINI: Jemaah Haji selepas ini jangan pura-pura tak tahu sumber wang – Tun Mahathir

TERBARU: Cuti luar negara, Najib cuma luang masa bersama anak, kata pembantu Rosmah

CLICK READAngered by Mahathir KLCC outfit, govt demands Miss Universe dress as MRT

TERKINI: 1MDB – Pengurus bank warga Switzerland di Singapura didakwa menipu urusan Jho Low

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share