Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, strategi perdana menteri menarik pelaburan langsung asing (FDI) melalui penjualan tanah negara sama seperti menjual Singapura kepada Bristish pada zaman negara dijajah.

Kata Dr Mahathir, tindakan itu langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Kebanyakan tanah paling bernilai kini dimiliki dan diduduki orang asing. Malah ia akan menjadi tanah asing.

“Apabila kita menjual Singapura kepada British, kita mesti tahu Singapura dengan segala kekayaan dan pembangunannya menjadi negara asing,” katanya melalui kemas kini terbaru blog beliau hari ini.

Menurut bekas perdana menteri selama 22 tahun itu, pendekatan Malaysia menarik FDI pada masa lalu sangat berbeza kerana tumpuan dibuat dengan menarik pengeluar asing mencipta pekerjaan dan produk di negara ini untuk dieksport.

Advertisement

Katanya, FDI menyelesaikan hampir semua masalah pengangguran dan memperkaya negara melalui dasar perindustrian dan aliran modal.

Sejumlah besar modal itu, kata Dr Mahathir, dikumpulkan di peringkat domestik.

Tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Razak, kata Dr Mahathir, memberikan takrif baru untuk FDI.

“Dia menganggap orang asing yang membawa wang membeli tanah dan membangunkan bandar dan rakyat mereka akan datang dan tinggal (di negara ini) sebagai pelaburan langsung asing,” katanya.

Satu daripada contoh dimaksudkan, menurut Dr Mahathir, ialah Forest City di Johor yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China.

“Sudah beribu-ribu unit disiapkan dan dijual ke China. Laporan Bloomberg menyatakan 700,000 orang dari China akan tinggal di situ,” katanya.

Bagaimanapun untuk rekod, laporan Bloomberg itu tidak menyatakan secara jelas 700,000 kediaman baru itu akan didiami rakyat China, namun menyatakan mereka adalah sasaran jualan pemaju terbabit.

Susahkan PBT, pusat

Tambah Dr Mahathir, ada kira-kira 60 projek lain seumpama itu di kawasan Iskandar Malaysia yang akan menyediakan 500,000 lagi kediaman.

“Kontraktor China lebih suka membawa pekerja, arkitek dan jurutera mereka sendiri.

“Beberapa rakyat Malaysia akan diambil bekerja dalam projek-projek ini dan sedikit orang Malaysia akan mampu membeli rumah-rumah pangsa yang akan dibina,” katanya.

Menurut pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu, di kebanyakan negara lain orang asing dilarang membeli tanah dan hanya diberikan kontrak bagi melaksanakan pembangunan.

“Sudah tentu kebanyakan apa yang mereka bina bukan untuk orang asing mendudukinya hampir secara eksklusif,” kata Dr Mahathir.

Namun, katanya, keadaan itu tidak berlaku di Malaysia – negara yang dianggapnya sebagai “pemurah”.

“Kita mendakwa – orang asing ini tidak akan kekal selama-lamanya di tempat yang mereka bangunkan.

“Kita mendakwa mereka akan tinggal di sini hanya untuk beberapa bulan pada musim sejuk (di negara asal mereka).

“Bolehkah kita bayangkan selama sembilan bulan bandar ini akan menjadi kosong, kedai, rumah pangsa, pejabat, hotel dan kawasan rekreasi ditutup.

“Ia akan menjadi bandar sunyi sepi. Jalan-jalan menjadi kosong. Kompleks beli-belah kosong. Ia tidak masuk akal,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, Malaysia tidak boleh membenarkan ribuan ekar tanah dimiliki, dibangun dan diduduki oleh orang asing.

“Jika kita benar-benar melakukannya, ia akan menjadi petempatan asing dan menyusahkan pihak berkuasa tempatan untuk menguruskannya.

“Malah, ia akan menyukarkan pengurusan kerajaan pusat,” katanya. – Malaysiakini

TERKINI: SPRM minta maaf pada Bahri, kata peguam Tun Mahathir

BERITA TERKINI: Tun Mahathir: ‘Tutup kedai’ bila Rosmah mahu shopping

TERKINIDr Mahathir sanggup didakwa di mahkamah buktikan salah laku Najib

CLICK READRaja Bomoh begin search for PM’s plane after tracking website removal

BERITA GEMPAR: Jamal tolak rasuah beg berisi RM1 juta

DIKEMASKINI: Najib naikkan BR1M RM40,000 boleh beli kereta, Rafizi jawab Irwan Serigar

TERBARU: “Najib sudah tak ada duit ke sampai kena bayar 20 sen beli beg plastik” – Noh Omar

KLIK BACA: “Najib perlu bawa dua saksi penting SRC jumpa SPRM”

KLIK BACA: Jho Low baliklah berjoli di Malaysia, kata PAS

DIKEMASKINIPAS – Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share