Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia dihadapkan ke mahkamaah bagi membuktikan kesalahan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia didakwa di mahkamah untuk membuktikan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung dana kewangan milik kerajaan.

Bagaimanapun katanya, beliau percaya pendakwaan terhadapnya tidak akan dibuat walaupun dirinya sebelum ini dipanggil polis untuk memberikan kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

“Saya sudah tiga kali disoal dan dipanggil polis. Saya minta kalau mahu tanya, tanyalah di mahkamah dan dakwa saya di mahkamah.

“Saya ada cukup bukti mengatakan bahawa Najib itu xxxxxxx xxxx,” katanya seperti dilapor portal  Selangorkini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Sengsara Rakyat, di Dataran Morib malam tadi.

Advertisement

Mahathir sebelum ini dipanggil untuk diambil kenyataannya berhubung tulisan yang didakwa menghasut di blognya, “chedet.cc” kerana mengkritik pentadbiran Najib Razak.

Beliau juga pernah diambil keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin, ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar, Jun lalu.

Bagaimanapun Mahathir mendakwa, segala kritikan dan dakwaannya terhadap perdana menteri tidak akan berlanjutan ke mahkamah.

“Biasanya kalau kita dakwa seseorang itu xxxxxxx di hadapan orang ramai, tentunya dia ambil saman malu kepada orang buat dakwaan itu kalau dia tak xxxxxxxx.

“Tapi beratus orang kata Najib xxxx duit, dia tak saman sesiapa pun sebab dia memang xxxxxxxxlah dia tak berani saman,” katanya. – MRM

TERBARU: Jual tanah negara, Najib beri makna baru FDI – Tun Mahathir

TERKINI: SPRM ‘pokok mati berhias bunga-bunga palsu’? – Salahuddin Ayub

BERITA TERKINI: Tun Mahathir: ‘Tutup kedai’ bila Rosmah mahu shopping

CLICK READRaja Bomoh begin search for PM’s plane after tracking website removal

BERITA GEMPAR: Jamal tolak rasuah beg berisi RM1 juta

DIKEMASKINI: Najib naikkan BR1M RM40,000 boleh beli kereta, Rafizi jawab Irwan Serigar

TERBARU: “Najib sudah tak ada duit ke sampai kena bayar 20 sen beli beg plastik” – Noh Omar

KLIK BACA: “Najib perlu bawa dua saksi penting SRC jumpa SPRM”

KLIK BACA: Jho Low baliklah berjoli di Malaysia, kata PAS

DIKEMASKINIPAS – Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?

KLIK BACA: Blogger Umno sindir Azalina cuti di Las Vegas 

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share