oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Siasatan SPRM tidak akan lengkap tanpa kehadiran Nik Faisal Arif Kamil (Pengarah Urusan SRC International) serta Datuk Suboh Md Yasin (Pengarah SRC International Sdn Bhd). Ini dinyatakan dalam satu kenyataan SPRM pada 13 Oktober 2015 – di mana badan itu menyasarkan untuk melengkapkan siasatan kes SRC International sebelum akhir tahun ini dengan syarat mendapat keterangan dan akses kepada dua pengarah SRC International, yang dikatakan saksi penting.

Umum mengetahui SRC International adalah sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan, di mana Najib juga adalah Menterinya.

Di parlimen pada 22 Oktober yang lalu, Najib telah menyatakan bahawa kedua-dua pegawai tertinggi SRC International Nik Faisal dan Datuk Suboh akan memberi keterangan secepat mungkin kepada SPRM. Cuma sehingga hari ini, tarikh tersebut masih belum diketahui.

Yang lebih peliknya ialah tindakan SRC International Sdn Bhd selepas itu di mana ia melakukan desakan agar peguam negara menyiasat mereka yang bertanggungjawab ke atas dakwaan ketirisan dan kemungkinan penjualan maklumat rahsia, sebelum ia bekerjasama dengan SPRM berhubung dakwaan salahguna dana melibatkan pihaknya. Ini dilihat seolah-olah ingin melanggar ‘arahan’ Najib di parlimen.

Masalahnya, Najib tidak menyuarakan bantahannya. Apakah ini bermaksud Najib turut bersetuju dengan syarat SRC International? Jika ya, apakah ini juga syarat Najib yang bakal dikemukakan sebelum memberi keterangan penuh kepada SPRM?

Jika Najib berminat untuk mendedahkan segala ‘kebenaran’, PAS menyarankan agar PM menggunakan segala kuasa yang ada untuk mengarahkan Nik Faisal Arif Kamil serta Datuk Suboh Md Yasin untuk kembali ke Malaysia untuk disoalsiasat oleh SPRM.

Jika ini semua tidak berlaku, maka kemungkinan besar ini semua hanyalah wayang politik seperti laungan Najib untuk menyaman Wall Street Journal yang tidak terjadi sehingga hari ini.

Sumber: Tuan Ibrahim Tuan Man | Timbalan Presiden PAS | 13 November 2015 – Foto FMT / mStar

DIKEMASKINIPAS – Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?

KLIK BACA: Blogger Umno sindir Azalina cuti di Las Vegas 

KLIK VIDEO: OSA bukan untuk cegah pendedahan jenayah, peguam beritahu Azalina

TERBARU: Najib tak sepatutnya guna jet mewah kerajaan bercuti sekarang, kata pembangkang

TERKINI: Mahfuz cadang berhimpun di rumah Bahri, tutup lampu

TERBARU: NOW – Beri perlindungan pada Bahri

DIKEMASKINI: ‘Bahri pegawai kerajaan yang jujur tapi ada yang tidak sealiran?’

DIKEMASKINIJangan cabar saya, kata Datuk Bahri bekas pengarah SPRM

TERKINI: Iblis sangat takut pada Umar Al-Khattab, kata anak Datuk Bahri SPRM

Advertisement