Ketika penduduk di Malaysia sedang berdepan banjir di beberapa negeri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman dengan gembiranya menyambut tahun baharu 2017 di pusat perjudian Las Vegas.

Pendedahan tersebut dibuat dalam media sosial yang viral dengan bukti gambar di laman Instagram memaparkan Azalina dalam sebuah kelab judi di Las Vegas.

Las Vegas terkenal dengan pusat perjudian terbesar di dunia.

Gambar yang dimuatnaik oleh Azalina itu menjadi viral di laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

Dua blogger UMNO juga menghentam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman susulan viral gambarnya memasuki sebuah kasino di Las Vegas pada malam tahun baharu baru-baru ini.

Advertisements

Zaharin Mohd Yassin atau dikenali sebagai Sang Kalembai dan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo secara terbuka menyindir Azalina yang menyifatkannya sebagai liabiliti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya telah memberi peringatan, sebelum itu nasihat, para Menteri dan keluarga berhati-hati membuat entri dalam media sosial khasnya Facebook dan Instragram masa bercuti di luar negeri. Pagi ini saya dihantar photo ini.

“Soal pergi Las Vegas saya tak kisah, yang saya kisah masuk dalam kasino, Undang-undang perjudian Malaysia, seorang Islam boleh didakwa jika berjudi dan dilarang masuk kasino.

“Kasino perjudian dimana pun sama. Adakah kasino di Malaysia haram bagi orang Islam tetapi diluar negeri halal dan boleh keluar masuk. Tetapi Najib Razak hendak Menteri macam ini. Terserah kepada rakyat buat pertimbangan nak sokong atau tidak lagi,” tulis Zaharin dalam akaun Facebooknya dengan meletak gambar Azalina di kasino.

Sementara itu, Wan Azri juga menyindir Azalina dengan menulis status di akaun Twitternya, [email protected] awak tu menteri penjawat awam. Perlu jaga intergriti. Lainlah Saya takde jawatan. Ni tempias kena pada YAB PM @NajibRazak”.

Wan Azri juga menyindir Azalina dengan kenyataan terbaharunya yang menyeru penjawat awam supaya menjaga integriti.

[email protected] sindir diri sendiri ke? Liabiliti kepada YAB PM @NajibRazak”.

Azalina dikecam oleh netizen sebagai tidak prihatin kerana bergambar di pusat judi walaupun dia seorang menteri yang beragama Islam selain dikritik kerana menyambut tahun baru di luar negara di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup.

Ini bukan kali pertama insiden tidak prihatin ini berlaku, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga membuat tindakan sama apabila bergembira bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang juga mengundang kemarahan rakyat.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang juga penyokong setia kepada Najib yang sentiasa membelanya dalam isu 1MDB dan salah guna kuasa. – Sumber: Malaysian Mirror

CLICK READRaja Bomoh begin search for PM’s plane after tracking website removal

TERBARU: Najib ejek Tun Mahathir sebagai ‘U-turn’ Mahathir

KLIK BACA: Anjing menyalak bukit tak akan runtuh, kata Tun Mahathir

PANAS KLIK BACA: Playbxy punca masalah Malaysia – Sanusi Junid

KLIK BACA: Najib dakwa Tun M mahu beri jawatan TPM kepada DAP

DIKEMASKINI: Kata-kata saya diputar belit media, Dr Mahathir beritahu Kit Siang

KLIK BACA: Bagaimana Jho Low boleh ada 2 pasport Malaysia dengan 2 nama, dakwa Anina Saadudin

TERKINI: NGO C4 gesa tangkap Jho Low

KLIK BACA:Biras tuduh Bahri salahguna kuasa semasa dalam SPRM

TERKINI: Antara Najib dan DAP siapa patut kita takuti? – Shahbudin

TERKINIKuat betul tawakal Dr Mahathir pelawa diri ditangkap dan dibicarakan – Ana Ghoib

KLIK BACA: NAJIB TERSEPIT ANTARA ‘APA LAGI CINA MAHU, APA SAJA NEGARA CHINA MAHU’

TERBARU: “Najib sudah tak ada duit ke sampai kena bayar 20 sen beli beg plastik” – Noh Omar

KLIK BACA: “Najib perlu bawa dua saksi penting SRC jumpa SPRM”

KLIK BACA: Jho Low baliklah berjoli di Malaysia, kata PAS


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share