Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menerusi laman Instagram miliknya semalam dalam nada berseloroh menegur tindakan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang bertuala hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor.

“Jangan jadi macam jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman

“Jamal dah 4 hari tak mandi. Mintak jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol”, tulis Datuk Siti dengan nada lembut.

Teguran Siti itu selepas 20 jam lalu dimuat naik telah mendapat puluhan ribu likes dan ribuan komen.

Tidak lama kemudian para pembela aksi bodoh Jamal Yunos membalas gurauan Datuk Siti dengan cara paling keji membabit soal yang sangat peribadi melibatkan soal zuriat yang dikongsi pula oleh Jamal Yunos di laman Facebook beliau.

Advertisements

DIKEMASKINIPusat kesuburan desak Jamal minta maaf pada Siti Nurhaliza

DIKEMASKINI: Hina Datuk Siti, ibu isteri Jamal Yunos juga wanita – PKR

Komen balas Siti Nurhaliza di laman Twiter beliau cukup rasanya menggambarkan betapa rendahnya akhlak dan akal ahli politik murahan terdesak sibuk mencari nama dengan cara yang salah dan merosakkan imej parti sendiri.

Sebelum itu Jamal Yunos turut berkongsi komen seorang follower beliau yang mengutuk cubaan Jamal mengalih isu berkaitan saman membabitkan MO1 di Amerika dan perbicaraan skandal 1MDB dikaitkan dengan Jho Low di Singapura.

Nota Ana Ghoib kepada Jamal anak Yunos: Ma Qadarullah Ha Haqqa Qadrih – Innalaha la Qawiyyun Aziz

Firman Allah SWT: Mereka itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan yang selayaknya; sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. – (Al-Hajj 22:74)

Firman Allah SWT: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya. – (Yaa Siin 36:77)

Firman Allah SWT: Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat). – (Al-Buruuj 85:10)

DIKEMASKINI: Hina Datuk Siti, ibu isteri Jamal Yunos juga wanita – PKR

DIKEMASKINIPusat kesuburan desak Jamal Yunos minta maaf pada Siti Nurhaliza

TERKINI: Kenapa neraca keadilan seperti berbeza antara Malaysia, Singapura, Amerika, Switzerland?

KLIK BACA:  Cina Jho Low berfoya-foya Melayu jadi kuda – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Syaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share