Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyumbangkan hadiah wang tunai – yang disampaikan kepadanya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu – kepada aktivis pelajar yang digantung pengajian dan didenda oleh Universiti Malaya (UM) berhubung perhimpunan Tangkap MO1.

Najib telah menyampaikan hadiah itu kepada Syed Saddiq bagi pihak kerajaan, di satu majlis tahun lalu sebagai menghargai pencapaian pendebat itu.

“Ingat lagi saya bila disoal oleh media tentang wang berjumlah RM10,000 yang saya terima,” kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan semalam.

“Saya berjanji bahawa saya akan gunakan wang tersebut untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara kerana itulah sebab asal saya memperolehi anugerah itu,” tambahnya.

“Datuk Seri Najib yang dulunya mengucapkan tahniah kepada saya kerana berjaya mengharumkan nama negara atas dasar bahas, kini bermati-matian menjahit mulut rakyat yang berani melawannya,” kata Syed Saddiq.

Advertisements

UM telah menggantung pengajian serta mendenda Anis Syafiqah Md Yusof atas peranannya sebagai penganjur perhimpunan Tangkap MO1 di Kuala Lumpur Ogos lalu.

Dua aktivis pelajar lain, Mohd Luqman Hakim Fazli dan Mohamad Luqman Nul Haqim Zul Razali juga digantung pengajian selama satu semester dan didenda RM400, manakala Suhail Wan Azhar hanya didenda.

“Mereka bukan dari mana mana parti politik. Bukan DAP. Bukan PAS. Dan bukan BERSATU.

“Mereka hanyalah aktivis muda yang inginkan hak kebebasan bersuara.

“Mereka aset negara yang harus didukung, bukan ditindas,” katanya yang menyifatkan mereka sebagai wira dan wirawati Malaysia.

Syed Saddiq berkata sumbangan itu merupakan salah satu pelaburan untuk pemerkasaan kuasa anak muda yang bakal mencorakkan negara, sambil menegaskan bahawa ia merupakan sumbangan peribadinya dan bukan dari parti BERSATU.

Perhimpunan Tangkap MO1 menyaksikan sekitar 2,000 pelajar berkumpul untuk mendesak tindakan terhadap tokoh yang dinamakan 36 kali dalam saman sivil pelucuthakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS sebagai ‘Official 1 (MO1).

Saman itu adalah sebahagian daripada usaha anti-kleptokrasi terbesar AS setakat ini, dan bertujuan untuk merampas aset dan perbelanjaan yang didakwa DOJ telah digelapkan daripada 1MDB.

TERKINI: Kenapa neraca keadilan seperti berbeza antara Malaysia, Singapura, Amerika, Switzerland?

TERKINI: Nasib baik Tun Mahathir tidak hanya bermain dengan cucu, Nazri mula sedar rakyat tolak Najib

TERKINI: PM NAJIB dicabar bersumpah tak kenal Jho Low

KLIK BACA:  Cina Jho Low berfoya-foya Melayu jadi kuda – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA:  “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” – Reuters

KLIK BACA: Perbuatan sembunyi kesalahan urusan Kerajaan salah di segi undang-undang – Tun Mahathir

KLIK BACA: Wang KWSP dipinjam SRC ‘sangkut’ di BSI yang ditutup Singapura

KLIK BACA: Syaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share