Ini baru 1MDB belum SRC yang meminjam dari dana pencen [KWAP] di mana kini wang tersebut dilaporkan sangkut di BSI  – Foto Free Malaysia Today

Dana pelaburan negara, 1MDB telah melunaskan bayaran faedah ke atas salah satu bon pada suku tahun ini, selepas gagal membuat bayaran pada awal tahun ini kerana pertikaian dengan penjamin, kata menteri kewangan kedua Malaysia, hari ini.

Dana pelaburan negara Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) memohon kira-kira AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan pemegang saham tunggalnya, kementerian kewangan Malaysia, dengan mendakwa bahawa dana Malaysia memungkiri perjanjian penstrukturan semula hutang antara syarikat itu pada 2015.

Memetik pertikaian itu, 1MDB enggan membuat bayaran faedah yang matang pada awal tahun ini ke atas dua bon yang dijamin oleh IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penstrukturan semula. IPIC kemudian mencelah dengan membuat bayaran.

Bagaimanapun, pada suku tahun ini, MDB membuat bayaran kupon, kata Menteri Kewangan Kedua Malaysia Johari Abdul Ghani kepada Reuters, dalam apa yang beliau percaya sebagai usaha untuk menyelesaikan pertikaian antara 1MDB dan IPIC.

Advertisements

“Saya percaya 1MDB dan IPIC cuba mencari penyelesaian berhubung pertikaian mereka,” kata Johari, walaupun beliau tidak memberikan maklumat lanjut mengenai pembayaran berkenaan.

Beliau berkata pertikaian itu adalah satu urusan korporat dan pihak pengurusan kedua-dua entiti perlu membuat keputusan bagaimana untuk meneruskannya.

1MDB dan IPIC tidak segera bertindak balas terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

IPIC dan 1MDB bertelagah selepas sekurang-kurangnya AS$ 3.5 bilion yang sepatutnya dibayar oleh kepada anak syraikat IPIC, Aabar Investments PJS dilaporkan hilang.

Bayaran itu termasuk cagaran yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB sebagai pertukaran untuk jaminan IPIC kepada dua bonnya, serta pembayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar untuk melanggan aset tenaga 1MDB.

Wang itu sebaliknya dialihkan ke sebuah syarikat di Kepulauan Virgin British yang mempunyai nama yang sama dengan Aabar Investments PJS, tetapi tidak mempunyai hubungan dengan IPIC.- Sumber: Reuters


Nota Ana Ghoib: Apabila saudara Rafizi mendedahkan isi kandungan dokumen rahsia bahawa syarikat yang menerima pindah wang itu milik dan berkaitan Jho Low beliau dengan bangganya dihukum penjara dipisahkan dari isteri dan anak-anaknya.

TERKINI: PM NAJIB dicabar bersumpah tak kenal Jho Low

KLIK BACA:  Cina Jho Low berfoya-foya Melayu jadi kuda – Datuk A Kadir Jasin

TERKINI: Kit Siang tegur Nazri jangan fikir ‘cucu sendiri’ saja tapi semua rakyat Malaysia

TERKINIDr Mahathir jawab kenapa tidak hanya jaga cucu…

KLIK BACA: I need to stop Najib from further damaging the country – Dr Mahathir

KLIK BACA: Perbuatan sembunyi kesalahan urusan Kerajaan salah di segi undang-undang – Tun Mahathir

KLIK BACA: Wang KWSP dipinjam SRC ‘sangkut’ di BSI yang ditutup Singapura

TERKINI: Daim –  Tak siapa mahu melabur di negara yang tak hormat perundangan sendiri

KLIK BACA: Syaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan

TERKINIPenjualan stesen penjana elektrik bebas (IPP) kepada China harga lelong? – Datuk A Kadir Jasin


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share