Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini diserang oleh kumpulan yang percayai dari Pasir Salak di luar lobi Parlimen apabila beliau keluar dari keretanya.

Pada kejadian itu, kira-kira 12 orang bergegas dari pintu lobi Parlimen ke arah keretanya dan mula mencercanya.

Kekecohan itu kemudian bertukar menjadi ganas apabila ada yang cuba untuk merempuh kawalan anggota keselamatan Parlimen yang cuba melindungi Khalid.

Berikutan pergelutan itu, seorang anggota keselamatan dan beberapa penyerang berkenaan dilaporkan terjatuh.

Mereka juga dilaporkan berjaya menarik baju Khalid tetapi gagal memukulnya. Pemimpin AMANAH itu kemudiannya diiringi ke lobi Dewan.

Seorang daripada ahli kumpulan itu kemudian menjerit “Kami dari Pasir Salak ni bukan sial!”

Kumpulan itu juga melaungkan “Hidup Pasir Salak!” sebelum beredar.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Khalid berkata seorang daripada ahli kumpulan itu mengaku dirinya sebagai anak kepada timbalan menteri Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Dia kata kat saya kenapa awak panggil bapa saya sial?” kata ahli parlimen AMANAH tersebut.

Khalid dan Tajuddin terbabit dalam pertikaman lidah di Dewan Rakyat, Isnin lalu apabila ahli parlimen Pasir Salak itu secara sinis menggelar ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.

Pertengkaran kemudiannya tercetus dan Khalid turut bangkit dan menggelar Tajuddin dengan panggilan “sial” kerana tidak mahu menarik balik kata-katanya itu.

Tajuddin juga mengancam untuk menyaman ahli parlimen Shah Alam itu. – Malaysiakini

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

DIKEMASKINI: Anak Tajuddin serang Khalid diminta serah diri bantu siasatan polis

KLIK VIDEO PENUH: Khalid Samad diserang pemuda Pasir Salak

DIKEMASKINI: Khalid ucap terimakasih pegawai keselamatan lindungi dari serangan

KLIK BACA:  Rosmah bergenang airmata kritikan anaknya Azrene, kata pembantu

DIKEMASKINI: Salleh Keruak pengampu terbaik & terhebat dunia! – Shahbudin Husin

KLIK VIDEO: Dr Mahathir sedih atas pemergian blogger Din Turtle

KLIK BACAKetua Polis Negara: Maria ditahan SOSMA berkaitan dokumen digeledah

TERKINI: Ucapan Apec: Obama sebenarnya sindir Najib?

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

KLIK BACA: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share