Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa berucap pada sidang kemuncak ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Peru, baru-baru ini.

Bekas perdana menteri itu turut mendakwa Najib mesti sedar mengenai kenyataan Obama itu yang ditujukan kepada beliau.

“Najib ada di sana. Beliau mesti dengar. Beliau pasti tahu Obama merujuk kepadanya. Saya pasti beliau masih boleh tersenyum yang dibuat-buat. Beliau tidak tahu malu.

“Beliau mungkin terfikir Obama memujinya sama seperti yang beliau sangka demonstrasi BERSIH tidak mendapat sambutan ramai,” ujar Mahathir dalam catatan blognya.

Dalam ucapannya pada sidang kemuncak Apec, yang turut dihadiri oleh Najib, Obama membuat rujukan kepada dana yang disalurkan ke dalam bank Swiss.

Advertisement

Antara lain, Obama dalam ucapannya itu menggesa semua pihak agar bertanggungjawab dalam menghormati maruah rakyat dan kekangan AS untuk membantu negara lain jika pemimpin negara itu mahu menindas rakyatnya, tidak menyediakan pendidikan atau menyalurkan semua dana pembangunan ke dalam akaun bank Swiss.

Sementara itu, Mahathir juga sedar mengenai gambar Najib berjabat tangan dengan Obama pada sidang kemuncak itu yang disiarkan oleh media Malaysia. – Malaysiakini

obama-najib-apec-speech

The White House – Office of the Press Secretary – November 20, 2016 Press Conference by President Obama in Lima, Peru

The White House has issued the text of the farewell speech by Obama at the press conference in Peru which covers the U.S position and policies worldwide. (read text here)

That long speech includes the following:  “And so what I would say would be that we all share responsibilities for improving that order and maintaining it, and making sure it’s more inclusive, and deliver great hope and prosperity for more corners of the world.

We all have responsibilities – every nation – in respecting the dignity and worth of their citizens. And America can’t do it all for everybody else.

There are limits to our reach into other countries if they’re determined to oppress their people, or not provide with education, or siphon all development funds into Swiss bank accounts because they are corrupt.

We’re not going to be able to handle every problem.” – Barack Obama

DIKEMASKINI: Salleh kata Obama mungkin tuju ucapan pada Mahathir, bukan Najib

TERKINIDelegasi Suhakam temui Maria minta Al Quran, dikurung berseorangan

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

KLIK BACA: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan mahkamah keadilan’

KLIK VIDEO: Maria tidak layak dikurung seorang diri, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Saya malu ada kawan macam Ibrahim Ali, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: “Tok Guru Nik Aziz jelas perjuangannya untuk rakyat dan menentang kezaliman” – Abby Abadi

KLIK BACA: “Mesej Whatsapp Bersih5, Hang rela ka Cina pegang kuasa?”

KLIK VIDEO: Komen Tun Mahathir mengenai kejatuhan ringgit

KLIK BACA: Gaduh masalah kewangan, anak mati depan ibu akibat ditikam bapa

KLIK VIDEO: Pembunuhan etnik Rohingya – MAPIM anggap seperti GAZA kedua

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share