Mahfuz ketika menemani Muhyiddin yang disiasat polis Bukit Aman kerana membangkitkan skandal 1MDB di parlimen – Foto Mahfuz Omar Facebook

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Najib Razak dicabar menjadikan dokumen laporan audit skandal syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuka untuk tetapan umum, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata, tindakan kerajaan meletakkan laporan itu sebagai rahsia dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membangkitkan keyakinan masyarakat bahawa wujudnya unsur rasuah, penyelewengan dan perbuatan mencuri wang 1MDB yang dilakukan oleh satu ‘pakatan jahat’ negara dibawah kepimpinan Najib.

Mahfuz turut mempersoalkan tindakan Najib yang mengarahkan siasatan audit dilakukan sekiranya laporan berkaitan perkara itu kemudiannya dirahsiakan.

“Untuk apa audit dilakukan ke atas 1MDB kalau tidak boleh dimiliki dan diketahui rakyat Malaysia,” katanya, dalam satu kenyataan media.

Menurutnya lagi, sebelum desakan demi desakan dilakukan, Najib menafikan wujudnya penyelewengan tetapi kemudiannya kerajaan memberi jaminan tidak akan menyembunyikan skandal tersebut.

Mahfuz juga berkata, Najib turut mengarahkan suatu audit khas dijalankan oleh Ketua Audit Negara dengan meminta semua pihak bersabar menunggu laporan audit selesai.

Namun, beliau berkata apabila pengauditan selesai dijalankan, Najib dengan tiba-tiba mengklasifikasikan laporan tersebut sebagai rahsia rasmi dibawah Akta Rahsia Rasmi.

“Jika perdana menteri yakin yang laporan tersebut tiada unsur rasuah dan penyelewengan mencuri wang 1MDB yang membabitkan dirinya sendiri apa keperluan untuk dirahsiakan? Kenapa perlu takut untuk dedahkan kepada umum?” soal Mahfuz.

“Lebih baik dari awal tidak di audit dan apakah perkara yang nak dirahsiakan dari pengetahuan umum,” ujarnya sambil mencabar Najib untuk menjadikan dokumen laporan audit 1MDB dibuka untuk tetapan umum.

Kata Mahfuz lagi, jika laporan tersebut tidak menjadi dokumen rahsia, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tidak dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan kerana didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lalu.

“Rafizi dikenakan sabitan jenayah dan hukuman penjara hanya kerana berani mendedahkan penyelewengan dana kerajaan sebaliknya mereka yang terlibat seperti Riza Aziz dan Jho Low dalam salah laku 1MDB membabitkan wang rakyat terus ‘bebas merata’,” tegas Mahfuz.

Mahfuz mendakwa, tindakan kerajaan merahsiakan laporan audit 1MDB dan memenjarakan Rafizi adalah untuk menyelamatkan dan disyaki melindungi pencuri wang 1MDB. – Berita Daily

KLIK VIDEO: Rafizi jelaskan punca di penjara

KLIK VIDEO: Rafizi beritahu Parlimen Najib belanja paling banyak hasil Petroliam

KLIK BACA: Nik Abduh masih mengungkit menyalahkan Tun Mahathir, Pak Lah

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, – Musa Hitam

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: ‘Tun Mahathir hilang pertimbangan, umur dah 92 tahun’ kata Hasan Arifin

KLIK BACA: DR MAZA – Menakutkan bila orang yang jujur, bijak dan berjasa sebagai penjenayah dan sebaliknya, penjenayah dijadikan ketua dan dibela.

KLIK SINI: BACA TULISAN TUN MAHATHIR UNTUK LEBIH MUDAH DIFAHAMI ORANG MELAYU

KLIK BACA: Syaidina Abu Bakar pesan kepada Umar jangan bela kepalsuan

KLIK BACA: TOLONG JANGAN GUNA MKN TANPA RUJUK AGONG


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share