Najib menegaskan kegagalan menepati janji kepada rakyat menyalahi perintah agama dan berdosa besar! – Foto myNewsHub

SABAH – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan hari ini yang diterajui BN menjanjikan sesuatu perkara yang mampu dilaksanakan untuk faedah rakyat kerana jika tidak menepati janji, ia tergolong dalam kalangan munafik.

Menurut Najib kegagalan menepati janji yang diberikan kepada rakyat bukan sahaja menyalahi perintah agama dan berdosa besar malah dianggap sebagai berbohong dan pihak yang suka menabur janji kosong berkenaan akan dihukum oleh rakyat.

“Jangan sekali-sekali kita menjadi orang munafik. Sebab itulah kita menggunakan ungkapan janji ditepati supaya sebagai sebuah kerajaan, bila kita bercakap, kita bercakap yang benar dan bukan kita bohong. Bila kita janji, kita jangan mungkir janji sebab peribahasa menyebut ‘binatang dipegang pada ekornya manusia dipegang pada janjinya.

“Kalau kita menggalas amanah, jangan kita khianati amanah. Sebab itulah saya bagi jaminan (kepada) tuan-tuan, setiap ayat, setiap perkataan yang kita luahkan kepada rakyat, kita dasarkan kepada kemampuan kita. Kalau kita tak mampu, kita tidak akan sebut kerana kalau berjanji kita tidak tunaikan, dosa itu adalah amat besar.

Advertisement

“Tuhan akan laknat kita, rakyat akan hukum kita, mereka (rakyat) akan hukum pemimpin yang tidak melakukan apa yang dia janjikan ataupun dia menipu rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Sukan Kudat, hari ini.

Najib berkata sebagai seorang pemimpin, beliau perlu memahami keluh-kesah rakyat serta memahami denyut nadi mereka dan mesti mampu dan sanggup memenuhi aspirasi atau kehendak rakyat.  – Sumber Bernama | 14 Okt 2012

Nota Ana Ghoib: Bijak bermain bahasa seloka sastera melayu dan Islam serta fakta agama seakan mahu runtuh langit berkeping-keping!

Firman Allah: Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang meng­hinakan.

Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada sumbat di kedua telinganya; maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.. – (Al Quran Surah Luqman 31:6-7) | Susunan: Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s

KLIK BACA: ‘Tiada siapa dalam Umno dapat menandingi Mahathir’ – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: Rafizi beritahu Parlimen Najib belanja paling banyak hasil Petroliam

KLIK BACA: Kalaulah laporan Audit bukan rahsia maka Rafizi tidak berisiko ke penjara….. – Mahfuz

KLIK BACAKematian Tragik Allahyarham Shukri Saad Akibat Tekanan Hidup Terus Diingati

KLIK BACA: Nik Abduh nasihat Dr Mahathir kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah

KLIK BACA: Kisah Sirul pembunuh Altantuya, hukuman gantung apa perasaannya? Tan Sri Sanusi Junid

KLIK BACA: Anwar meninggal dunia dalam penjara kerana isu peribadi?… – Subky Latif

KLIK BACA: ‘PAS sanggup merangkak kepada Allah daripada dicium Dr Mahathir’

KLIK BACA: Sanusi Junid – Orang pintar tetapi tidak bermoral merugikan bangsa

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share