Kenderaan milik Khairuddin Daud dipecahkan oleh samseng anti Bersih di Tawau hari ini

Pemuda Amanah Nasional mencabar kumpulan samseng baju merah yang dikepalai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos supaya mengadakan demonstrasi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, mereka harus berhimpun di PWTC menuntut Malaysian Official 1 (MO1) untuk meletakkan jawatan jika mereka mempunyai maruah.

“Tuntut juga MO1 untuk ditangkap dan dibicarakan atas perbuatan jenayahnya dan jika kamu berani halakan sepak terajang kamu ke arah MO1,” tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas insiden geng penyokong tegar Umno itu melempar telur dan menerajang individu bertshirt Bersih di Sabak Bernam, Selangor siang tadi, Faiz berharap kejadian itu tidak mematahkan semangat rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

“Pemuda Amanah melahirkan simpati kepada mangsa yang menyertai konvoi Bersih ini dan mengharapkan beliau terus bersemangat untuk terus berjuang demi perubahan yang lebih baik kepada negara.

“Rakyat usah bimbang dengan kejadian ini yang seharusnya dijadikan suntikan semangat perjuangan menjatuhkan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti,” ujarnya.

TERBARU: S’wak Report dakwa RM3.4 juta tunai dimasukkan ke akaun Najib

KLIK BACA: Tun Mahathir sedia beri penjelasan di mesyuarat Majlis Raja-Raja

Mengulas kempen Bersih 5 yang rancak berlangsung di seluruh negara, beliau berkata, himpunan Bersih 5 adalah titik mula kepada perjuangan berkenaan.

“Rakyat diseru turun beramai-ramai pada 19 November ini. Politik takut yang diamalkan oleh Umno ini harus ditolak oleh rakyat demi masa depan negara,” tambahnya lagi.

Konvoi Bersih 5 hari ini menyaksikan aksi provokasi daripada pihak penyokong Umno yang bertshirt merah.

Di Alor Setar, kumpulan samseng bermotosikal itu dipercayai dikepalai Ketua Pemuda Umno negeri, Syed Hafiz Syed Mustapha cuba menyekat konvoi Bersih yang hendak bergerak dari Jalan Bahiyah pagi tadi.

Mereka menjerit-jerit termasuk mendesak orang Melayu jangan menjadi “balaci Cina”.

Di laluan Teluk Intan-Bidor pula, Jamal mengetuai kumpulan samseng berbaju merah itu dengan membuat sekatan sebelum pihak polis menghentikan semua kenderaan samseng berkenaan bagi membolehkan konvoi Bersih dan pengguna jalan raya lain bergerak.

“Kalau saya pegang stereng, saya tidak tahu apa jadi, nasib kawan saya pegang stereng, saya duduk di belakang,” tegasnya ketika ditanya pemberita.

Sementara itu di Kota Tinggi, salah seorang geng samseng berkenaan bertindak agresif menghalang konvoi Bersih sebelum ditangkap oleh pihak polis.

“Ini Kota Tinggi. Ini Kota Tinggi. Hey, Ini Kota Tinggi maa… Yang bersuara sekarang anak jati Kota Tinggi. This is Kota Tinggi. Kota Tinggi sudah Bersih. Dah. Habis. Cukup. Jangan huru-harakan,” ucap seorang wanita bertudung ungu.

Di Tawau, cermin kereta peserta #KonvoiBersih5 Sabah antaranya milik Khairuddin Daud dipecah manakala tayar dibocorkan oleh kumpulan samseng pro-Umno. – Sumber MalaysiaDateline


TERBARU: S’wak Report dakwa RM3.4 juta tunai dimasukkan ke akaun Najib

KLIK BACA: Tun Mahathir sedia beri penjelasan di mesyuarat Majlis Raja-Raja

TERKINI: BERSIH 5 lagi elok bantu rakyat miskin – Khalid Ibrahim

KLIK BACA: Rafizi sudah jadi pendakwah


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share