Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata BERSIH tidak sepatutnya membuat perhimpunan pada November ini sebaliknya mereka harus turun ke kampung-kampung membantu rakyat miskin.

Katanya, lebih ramai rakyat daif dan ketinggalan dari segi pendidikan yang harus diberi perhatian oleh ahli politik yang akan menyertai BERSIH 5 kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung selewat-lewatnya dua tahun lagi.

“Saya rasa sekarang tak perlu kita adakan perarakan jalanan. Masalah rakyat sekarang ini ialah masalah kemiskinan, jurang antara kaya dan miskin.

“Kalau BERSIH datang gunakan tenaga mereka untuk mencari kampung-kampung yang miskin dan gunakan kumpulan pakar supaya cari jalan untuk mereka dibangunkan supaya kemiskinan itu dapat dihindari, ia lebih baik.

“Lagipun tidak lama lagi, tidak lebih dari dua setengah tahun kita akan menghadapi PRU14. Jadi tak perlulah sibuk perkara tersebut (perhimpunan BERSIH) tapi kena tunjuk parti-parti yang berminat untuk memperjuangkan rakyat,” katanya.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bual bicara Media Penyelesaian Transformasi Media Internet di Garden Residence Cyberjaya.

Perhimpunan BERSIH 5 akan berlangsung pada 19 November ini bertempat di ibu kota.

Kini kumpulan itu dalam siri jelajah di seluruh negara sebelum sampai ke kemuncak hari perhimpunan itu.  – Malaysiakini


Komen Ana Ghoib: Nak bantu guna apa itu Khalid, tak mungkin guna air liur sahaja mana hendak dicekau peruntukan tersebut sedangkan bajet pun banyak dipotong?

Memang bunyi cadangan Khalid itu bagus lunak dan mesra rakyat tetapi tidak strategik dan seakan membela sesuatu?

Kepada Khalid cuba bayangkan jika kuasa bertukar dan usaha dilakukan agar wang yang lesap lebih 20 bilion dicari baru boleh diberi kepada fakir miskin tadi.

Khalid tak terfikirkah dibenaknya mengapa tiada usaha mencari wang tersebut yang tidak dapat dikesan audit?

Alangkah malunya jika saman DoJ berjaya mencampakkan semula harta yang lesap kemuka kita.

Bayangkan dengan tahap mentaliti menteri sekarang merundingkan tarif IPP dengan China yang dijual 1MDB apabila ia beroperasi kelak.

Kalau Khalid tokoh koporat berjaya mungkin boleh lagi dipercayai kebijaksanaannya.

Tolonglah Khalid buat masa ini tak usahlah memakai topeng muka, bukalah sehabisnya dan tetapkan pendirian tegakkan kebenaran serta keadilan pada skala besar bukan retorik semata-mata.

Kepada penulis fokus utama adalah menebus kembali tanah yang dijual kepada China dan mencari wang KWAP yang dipinjam.


KLIK BACA: Rafizi sudah jadi pendakwah

DIKEMASKINI: Tun Mahathir sudah hantar surat kepada semua Sultan Melayu

KLIK BACA: “BAJU MERAH PERANGI SKANDAL KEWANGAN GUNA KERIS LEMBING”

KLIK BACA: Najib mesti berani rombak warisan ‘negatif’ Dr Mahathir

TERKINI: Selamat berjaya, kata duta Amerika kepada Najib

TERKINI: Harapan rakyat kepada Majlis Raja-Raja – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kenapa PAU 2016 tertutup hanya untuk media arus perdana?


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share