Konvoi BERSIH dari Alor Setar, Kedah terganggu seketika dengan kemunculan sekumpulan lelaki yang memakai baju-T merah dengan terpampang logo parti Umno ketika mereka hendak berlepas ke Sungai Petani semalam.

Kumpulan bermotosikal itu tiba ketika konvoi BERSIH yang terdiri daripada kira-kira 50 buah kereta, hendak bergerak dari Jalan Bahiyah, tempat ia berkumpul pada kira-kira pukul 9 pagi.

“Kumpulan itu menyekat kereta kami dan menghalang kami daripada berlepas… mereka menjerit pada kami,” kata Ahli Parlimen PKR Alor Setar, Gooi Hsiao Leung kepada Malaysiakini.

Katanya, polis datang dan membolehkan mereka berlepas dari situ.

“Kumpulan itu kebanyakannya menjerit pada saya kerana kereta saya berada di depan sekali, mengetuai konvoi itu,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, kumpulan itu melaungkan kata-kata seperti meminta orang Melayu supaya jangan menjadi “balaci Cina”.

Gooi mendakwa bahawa kumpulan baju merah itu diketuai oleh Ketua Pemuda Umno negeri, Syed Hafiz Syed Mustapha.

mukhriz-bersih-kedah

Dalam video yang diperolehi oleh Malaysiakini, seorang anggota kumpulan baju merah itu yang memakai topi keledar hitam dan cermin mata gelap dipercayai Syed Hafiz, dilihat melaung kepada ahlli parlimen itu, dengan berkata: “Ahli Parlimen Alor Setar mai buat kerja di Alor Setar”.

Konvoi BERSIH itu berjaya bergerak dari situ apabila pihak polis menyekat kumpulan baju merah itu daripada mengekori mereka.

Gooi kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana melindungi pasukan konvoi BERSIH itu.

Pemimpin BERSIH yang bersama konvoi itu ialah Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais, dan penyelaras BERSIH wilayah utara, Toh Kin Woon. Turut hadir ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. – Malaysiakini

KLIK VIDEO: Dr M: Sikit saja lagi, tiga kerajaan negeri BN boleh tumbang

CLICK READ:  ‘Najib’s meeting with one of the world’s oldest kleptocrats is troubling’ – Kit Siang

TERKINI: Selamat berjaya, kata duta Amerika kepada Najib

TERKINI: Harapan rakyat kepada Majlis Raja-Raja – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Kenapa PAU 2016 tertutup hanya untuk media arus perdana?

KLIK BACA: Bendung ‘dana gelap’ JPM keutamaan dalam Bajet 2017

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share