Blaine Alan Gibson menyerahkan serpihan dengan kesan terbakar yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 – Foto inquisitr

CANBERRA: Seorang penyiasat amatur warga Amerika menyerahkan serpihan yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines MH370 kepada pegawai Australia pada Isnin dan dikatakan mempunyai kesan terbakar.

Keadaan serpihan itu menunjukkan kemungkinan kebakaran berlaku semasa pesawat itu di udara.

Insiden MH370 terus menjadi misteri selepas ia hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi selepas tersasar dari laluannya, tetapi tiada sebarang penemuan berdasarkan pencarian dalam air di luar pantai Australia.

Advertisements

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang menyelaraskan pencarian itu berkata, lelaki yang dikenali sebagai Blaine Gibson telah menyerahkan serpihan yang belum disahkan pada Isnin.

“Kita sedang mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa Malaysia berhubung bagaimana mereka mahu ia diteruskan,” kata seorang jurucakap ATSB kepada AFP.

Bercakap kepada pemberita tempatan berhubung serpihan itu, Gibson berkata, ia terdampar di Madagascar, termasuk objek yang dikatakan sebuah panel dalaman dan beliau membawa serpihan itu ke Australia untuk siasatan forensik.

“Lapisan cat di bahagian atas mempunyai kesan terbakar, menyebabkan ia hangus,” katanya kepada saluran Channel 7.

“Ia juga menunjukkan terdapat tanda-tanda telah lebur, sebagaimana yang anda lihat apabila sesuatu terdedah kepada api.

“Ia kelihatan seperti dari bahagian dalam pesawat tetapi bukan di kabin ytama, mungkin di bahagian kargo, mungkin di ruangan avionik,” tambahnya.

Gibson, yang merupakan peguam dari Seattle, memberitahu Australian Broadcasting Corporation bahawa serpihan itu boleh memberikan petunjuk sebenar sekiranya ia didapati milik MH370.

“Salah satu teori adalah terdapat kebakaran di dalam pesawat,” katanya sambil menambah setakat ini tiada bukti bagi menyokong teori berkenaan. – AFP / The Star

KLIK BACA: Kenapa murid Imam Ahmad menangis baca Al Quran?

KLIK BACA: Salleh Keruak cadang WSJ letak calon PRU14


Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share