Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan hubungannya dengan jutawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Lim berkata demikian ketika merujuk peranan Low dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika yang mendakwa dana AS$3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.

“Biar Najib nyatakan dengan jelas siapa yang perkudakan siapa dalam skandal 1MDB – Jho Low mempergunakan Najib atau Najib mempergunakan Jho Low?

“Siapa yang menipu siapa?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, saman DOJ setebal 136-halaman yang difailkan itu memperincikan bagaimana Low membelanjakan wang yang diseleweng itu bagi membeli hartanah mewah dan karya seni, sementara rujukan juga dibuat terhadap pemimpin kerajaan yang tidak dinamakan.

Advertisement

“Adakah Jho Low dalang di sebalik skandal kewangan global 1MDB … atau adakah Najib dalang yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1’ sebanyak 36 kali dalam saman setebal 136 muka surat DOJ itu?” soalnya.

DOJ memfailkan saman itu untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada 1MDB.

Lim berkata, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen dalam siasatan ke atas 1MDB juga gagal memanggil dua lelaki berkenaan yang adalah kunci kepada isu ini.

“Salah satu sebab mengapa laporan PAC ke atas 1MDB tidak lengkap dan tidak memuaskan adalah kerana dua ekor gajah tidak diendahkan – Najib dan Jho Low, sedangkan mereka penting dalam siasatan untuk setiap fasa skandal 1MDB.

“Saya percaya bahawa pelbagai pemimpin bahagian dan ahli-ahli Umno lebih berminat untuk mengetahui hubungan sebenar antara Najib-Jho Low dan skandal global 1MDB, dan bukannya Najib mengulangi dakwaannya menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam,” katanya.

Beliau berkata bahawa tidak ada orang yang lebih arif untuk menjelaskan hubungan sebenar kedua-dua mereka, selain diri Najib sendiri.

“Mengapa Najib mesti begitu berahsia tentang hubungannya dengan Jho Low?” soalnya. – Source Malaysiakini | FMT pic

KLIK BACA: Saya dulu ketawakan Filipina, sekarang Malaysia begitu, kata Musa Hitam

DIKEMASKININajib-Jho Low perkongsian ‘ali baba’ bagaimana pula, soal DAP

KLIK BACA: Ramai ahli Umno berminat tahu hubungan sebenar Najib-Jho Low

KLIK GAMBAR: Kehadiran Tun Mahathir di KLCC dikerumuni rakyat

KLIK GAMBAR: Tun Mahathir lawat Forest City, Najib kata pajakan 99 tahun tapi ….

KLIK BACA: Penerangan penting Kadir Jasin berkenaan polisi Najib yang ditentang Mahathir

KLIK BACA: Peguam Dr Mahathir puji IGP pantas kes Jong-nam tapi bukan 1MDB

KLIK BACANazri menang 2,000 undi pun ada hati nak cabar Tun Mahathir…

KLIK BACA: Apa kata Ezam mengenai ‘ketelusan’ Pemuda Umno Jho Low 1MDB?

KLIK BACA: Dr Mahathir akui U Turn, hanya pemandu bodoh pandu terus dalam bahaya

KLIK BACA: Dana 1MDB: Dari taja haji hingga bayar hutang judi – Malaysia Dateline

KLIK BACA: “Aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata hembus nafas terakhir” – Tun Mahathir

Advertisement

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share