oleh Tun Dr Mahathir Mohamad 

1.​Najib mendakwa bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Dan konco-konconya pun dilapor dalam akhbar arus perdana bahawa tuduhan yang dibuat oleh media asing seperti Wall Street Journal, ABC TV Australia, Financial Times, dll akhbar-akhbar terkemuka di Amerika (Sila lihat senarai media, akhbar dan TV yang dilampirkan, 53 kesemuanya, serta senarai negara dan agensi penyiasatan mereka) semuanya berhasrat memburuk imej Najib.

Mereka ini seolah-olah tidak ada kerja lain selain dari memburukkan Najib dengan laporan dan rencana TV yang panjang lebar disertai gambar dan dokumen. Segala bukti yang ditunjuk oleh mereka semuanya tidak boleh diterima kata konco-konconya.

Yang boleh diterima dan dipercayai hanyalah penafian oleh Najib. Penafian Najib tidak pernah disertai dengan bukti-bukti yang jelas. Ini tak mengapa. Penafian olehnya sudah cukup untuk AG mendawa tidak ada kes untuk Najib didakwa di mahkamah.

2.​Kerana penafian Najib, Ketua-Ketua Bahagian dan Ahli Dewan Rakyat UMNO semuanya membisu atau cuba mempertahankan Najib.

Advertisement

3.​Pendirian mereka luar biasa. Ia seolah-olah menerima apabila sesuatu jenayah berlaku dan orang yang melakukanya dikenalpasti tetapi hanya kerana ia menafi, maka ini bermakna ia tidak salah. Jika penafian sahaja diterima sebagai asas kepada pendakwaan, maka tidak akan ada sesiapa pun yang akan didakwa di negara ini.

4.​Ketua Bahagian UMNO dan Wakil Rakyat UMNO mempunyai pendirian seperti ini. Kerana Najib menafi semua tuduhan terhadapnya, maka Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO tetap percaya yang Najib tidak bersalah.

5.​Negara-negara Islam, setakat yang diketahui tidak pernah menunjuk penghargaan tinggi mereka terhadap sumbangan Najib kepada Islam. Setakat yang kita tahu hanya “HRH Prince Saudi Abdulaziz Al-Saud” yang begitu menghargai jasa Najib kepada Islam sehingga sanggup derma US 375 juta Dolar kepada Najib untuk disimpan dalam akaun peribadinya, dirahsiakan dan diguna mengikut kehendaknya.

6.​Sekarang ini pula AG Apandi mengatakan RM 2.03 billion dari RM 2.6 billion yang dilapor berada dalam akaun peribadi Najib sudah dipulang balik pada penderma. Benarkah? Apa bukti ia dipulang kepada HRH atau Arab lain? Tak mungkinkah wang ini masih ada disini untuk disuap kepada pemimpin UMNO.

Shahrir mungkin menerima RM 1 juta dan Ahmad Maslan RM 2 juta. Tak mungkin mereka sahaja yang mendapat sumbangan wang dari Najib. Berapa juta ringgitkah yang diterima oleh Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat yang lain.

7.​Nampaknya kita sedang melihat pertandingan antara CASH (wang tunai) dengan semangat kebangsaan Melayu. Ramai ahli dan Ketua Cawangan UMNO memberi kemenangan kepada semangat kebangsaan, kepada bangsa, agama dan tanahair. Tetapi bagi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat UMNO dedak mendapat kemenangan besar sehingga tertutup mulut, telinga dan mata. Mereka rela menggadai bangsa dan negara untuk CASH atau dedak.

Tak usahlah menafi. Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tahu, tetapi dunia juga sudah tahu. Nazir Razak sendiri mengaku ia diberi US 7 juta oleh Najib untuk diagih kepada ketua-ketua parti sebelum PRU 13. Amatlah memalukan kerana terdapat orang Melayu yang tidak malu; yang sanggup menerima pemimpin yang dihinakan oleh dunia.

AGENSI ANTARABANGSA YANG MENYIASAT KES 1MDB:

LUXEMBOURG ​: Public Prosecutor’s Office, Luxembourg – SWITZERLAND ​: Swiss Attorney General’s Office – SINGAPORE ​ : Singapore Police Commercial Affairs Department – Monetary Authority of Singapore | USA : U.S. Department of Justice |Federal Bureau of Investigation | HONG KONG ​ : Hong Kong Police | UNITED KINGDOM : Serious Fraud Office

UNITED ARAB EMIRATES : The UAE authorities have issued travel bans and frozen the assets of Khadeem Al Qubaisi dan Mohammed Badawy Al Husseiny two top executives of the Abu Dhabi sovereign wealth fund closely linked to the 1MDB. | FRANCE​ : French national prosecutor’s office (in relation to the purchase of two submarines) – Source: chedet.cc | FMT pic

KLIK BACA: A Kadir Jasin – Lagi Cerita Belanja Mewah PM

KLIK BACA: Abang minta bantuan adik agih wang tak libat kesalahan, kata Nazir

READ MORE: Dr Mahathir: Really, you wants the world to respect Malaysia?

KLIK VIDEO: Najib 3 sen pun berkira dengan rakyat, kata Rafizi

KLIK BACA: Pergi pinjam Ah Long kalau tak percaya, sindir Tun Mahathir

KLIK BACASeluruh negara menanti siapa 17 penerima bertuah dana pencen SRC

KLIK BACA: Zaid: Pilihanraya bukan tempat pilih ustaz, orang pakai serban sebagai pemimpin

Advertisement

*Disclaimers: Articles are property of the writer or publication as mentioned, cited or linked to. As news 'curator & aggregator' we do not represent the articles republish from any third party content provider.

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share